MCT's BOWLING DAY
MCT's BOWLING DAY // Assalamualaikum . Holla ~ ini kira enti paling masam yang aku simpan . Paling win lah kira . Ini kalau umpamakan sebagai stokin, campak dalam kolam pun ikan mati . Nak menujukkan betapa lamanya gambar-gambar ini disimpan sebelum berjaya dimuat naik . Ini kira aktiviti pertama aku bersama MCT .
Kejadian berlaku pada bulan Mei . Ye lah ! Bulan Mei kan bulan tersibuk dalam kalendar olok2 aku . Penuh dengan aktiviti, dan ini adalah salah satu daripadanya . Aku ni sebenarnya, dah berkurun tak main bowling . Last sekali main, masa zaman uni dulu . Itu pun masa sem awal2, sebab lepas tu geng dak2 laki pindah dok jauh dari kitorang, makanya dah jaranglah nak berpeleseran bersama . Auch ! Ayattt !
Skill yang macam Shalin Zulkifli tu pun dah lama tenggelam dek lama tak kena asah . Tapi, sebab teringin nak main, hentam pi jugaklah walaupun tahu bola bakal ke longkang melebihi ke tempat sepatutnya . Team kami terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan . Upss... setiap team kena campur jantina dan campur department ye . Itu antara syarat-syaratnya.. meh la tengok gambar yang dah basi ni . Kalau rasa bau tu kuat sangat, sila tutup hidung sambil scroll ye. Harap maklom ~~


