Assalamualaikum. Holla ~
MZ ada terbaca pasal Zombie ni dan MZ nak sangat share dengan semua readers supaya kita tak tersalah dek kerana kita sering kali disuap dengan perkara-perkara negative dari barat. Wallahuallam... Cerita yang MZ nak kongsikan ni, semoga ada sesuatu untuk kita naaa...
Percaya tak kalau Zombie itu ialah sebenarnya tentera Allah yang diutuskan untuk menghancurkan kafir laknatullah. Apa yang terlintas dalam fikiran hampa bila sebut pasal Zombie ?? Mesti terbayangkan susuk tubuh manusia yang berdarah-darah dan sedang mengejar manusia untuk digigit dan dijadikan mayat hidup berikutnya. Inilah yang barat set kan dalam minda kita bila sebut pasal Zombie.
Barat telah mengklasifikasikan Zombie sebagai mayat hidup yag tidak memiliki fikiran dan bernafsu serta menjadikan manusia sebagai pemangsanya. Daripada novel, movie sehinggalah ke game, Zombie haruslah dilawan serta dibunuh untuk menjamin kesejahteraan hidup kita.


