STARWALK PENANG 2015 , SEPTEMBER
STARWALK PENANG 2015 , SEPTEMBER // Assalamualaikum and hello fellas ~ maaf kerana isu berbangkit ini... benda dah lepas dah pun... sepatutnya, entri ini dinaikkan dari minggu lepas lagi, sehari sebelum kejadian.. al maklumlah.. tuan tanah kedaung ini a.k.a cik adik manis ni kan sangat "rajin" orangnya..
Telah berlangsungnya minggu lepas lagi pada hari Ahad, 13 September di Penang Times Square.. cadangnya, memang nak pi.. tapi, si bantal gila tu sabotaj.. habis lah timing aku ke laut.. makanya, aku STARWALK PENANG, di rumah sahaja....
Boleh dikatakan setiap tahun, memang akan ada aktiviti ini.. sepanjang aku bekerja di company sekarang, ini kali kedua company participate.. tapi, tahun lepas aku tidak bercadang untuk mengisi barang bila diberitahu didalam goodies bag hanyalah t-shirt.. tapi, tahun ni, gatai pulak jari jemari ini untuk mengisi borang.. makanya, jari jemari pun dapalah penghargaan dengan menerima sebuah goodies bag daripada STARWALK PENANG.. tak payah bayaq pun. company yang tolong settle kan payment.. *poyo sangat kannnn...*
Teruja bila tengok isi kandungan dalam goodies bag tu.. mesti hampa pun nak tahu jugak kan... moh aku share lah dengan hampa.. kot-kot tahun depan hampa, jari jemari hampa pun gatai jugak nak isi borang tu.. layankan aje jari jemari hampa tu.. dapat reward tau...
| Reporting card ni kalau hampa participate sampai habis, dapat lagi RM10 *kalau company akulah.. aku tak tahu kalau company lain* |


