TEMPAT MAKAN BEST .:. Burger Bakar Burn, Dagang Avenue
TEMPAT MAKAN BEST .:. Burger Bakar Burn, Dagang Avenue // Assalamualaikum... Hari tu masa pi rumah opah, sempat lah jugak singgah JJCM dekat Dagang Avenue, Taman Dagang.. tak jauh pun dari rumah opah tu...
Ada macam-macam jenis makanan yang dijualkan kat sana.. naik rambang mata ni tengok.. sang perut apatah lagi... pusing punya pusing, decided untuk makan Burger Bakar Burn since menu dia sangat menggayat mata...
Maka, pesanlah burger daging special.. harganya RM 13.50... tunggu pun tidak lah lama mana.. sekali sampai, mak aiii.... besaq nak mampoih... nak masuk mulut pun tak muat tau... ibu suruh dia pi potong, tapi aku rasa tak best pulak kalau makan burger yang telah dipotong...
| Rupa bukan sekadar rasa |
Untuk tidak memotong rasa, aku terpaksalah gigit sikit demi sedikit dari tepi untuk mengecilkan saiz burger tu.. ehh ehh.. berlari-lari pulak isi dalamnya... memamng banyak pun isi yang diletakkan.. mana dengan patty lagi, dengan hirisan daging lagi, cheese lagi.. memang paus lah makan atenye.. memang kenyang tersandaq malam tu...
Adik pun order yang sama jugak tapi dia punya ayam version... ibu dan abah pesan nasi goreng special... pinggan dia punya lah besaq.. nasi pun sebesaq pinggan... memang makan tak hengatlah kan.. nasi goreng special tu, siap ada ketam separuh... maaf lah tiada gambar sebab masa tu tangan aku dah comot dengan sos by Burger Abang Burn... nasi deme pun sedap jugak walaupun harganya belasan ringgit.. berbaloi lah dengan isi dalam pinggannya..
So, lepas ni bolehlah letakkan Dagang Avenue sebagai salah satu tempat untuk JJCM ye.. walaupun jauh sikit, tapi berbaloi.. alang-alang hampa dah ada kat sana, silalah panjangkan kaki... tapi, kalau tak dak urusan dan semata nak kesana sebab makan, rasa tak berbaloi jugak.. tapi, kalau hampa memang jenis kaki makan, jenis tak kisah jalan jauh demi sesuap makanan yang sedap, go on.... Dagang Avenue sedang menanti kan kamu...
Alamat .:. Jalan Dagang B/3a, Taman Dagang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Sangkaya .:. Nuts About Coconuts
Sangkaya .:. Nuts About Coconuts // Assalamualaikum... last fortnight berkesempatan untuk menziarahi opah... hari tu raya pun tak sempat nak ziarah sebab kekangan masa.. haruslah abah, seba dia yang terpaling busy dalam family.. heee.. makanya, kesempatan yang ada ni, kami ambil untu menziarahi sesatunya nenek / opah/ tok kami kalau untuk abah dan ibu haruslah umi derang...
Alhamdulillah, tengok opah ceria dengan kehadiran kami.. dah lama opah tunggu kami... banyak yang opah beli, sediakan untuk kami.. rasa seronok bila tengok opah gembira.. dalam kesempatan itu, adik sibuk sangat nak ajak pi beli Sangkaya... dalam otak aku, mesti roti kaya.. rupanya ais krim kelapa.. sedap sangat katanya..
Maka, shoot lah ke Ampang Point sebab itu paling dekat dengan rumah opah.. ye lah.. opah kan dok kat Ampang, maka Ampang Point lah tempat yang ditujunya... masuk-masuk terus jumpa Sangkaya... bteruja pun hado.. first time jumpa.. Penang tak do lagi haaa....
| Teh tarik flavor |
September hello!
September hello! // Assalamualaikum... not a very good day for past few days.. let me keep by my own self.. shall show the happiness of me even though it's fighting like hell inside... not in a mood also..
Then, suddenly this morning...! bertimpa-timpa... apakah...?? aku terpilih lagi untuk diuji... aku tak kuat pun.. tak kuat mana... tapi, pretending to be is my most expert skill.. *sometimes* hidup tanpa ujian, yeahh.. it's boring.. maybe untuk aku, ia dah cukup hebat.. tapi, note to myself.. kat luar sana, lagi memacam orang terima ujian... even our PM pun went through it sampai boleh sebut "seekor" dekat rakyatnya .. *off topic*
Tak banyak yang aku harapkan.. tak banyak yang aku inginkan.. cuma, harapnya semoga semuanya kembali seperti sedia kala.... kekuatanMu aku dambakan.. keredhaanMu aku tagihkan... peliharalah aku, kaum keluarga, sahabat handai dan insan insan trsayang jauh dari malapetaka... sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Kau, dan yang buruk itu datangnya dari kami sendiri...
TEMPAT MAKAN BEST.:. Roti telur gegar, Food Court Market Seberang Jaya
TEMPAT MAKAN BEST .:. Roti telur gegar, Food Court Market Seberang Jaya // Assalamualaikum... Good morning.. Yeahh! It is Monday, and it's holiday.. seronok kan.. mesti tak do Monday blues.. tapi, mungkinkah ada Tuesday blues..?? dan tetapi, kalau kerja menimbun, mana sempat nak ber blues bagai kan.... nak nguap pun tak sempat.. adehhh ~~
Hari Sabtu lepas, ajak adik breakfast dekat Food Court Market Seberang Jaya... ada pelbagai jenis makanan yang dijual disini.. sebut sahaja, pasti ada.. ye ka..?? common punya breakfast lah.. Malaysian style... cadangnya, nak makan kuey teow kerang.. tapi, kedai tu tutup pulak.. jalan punya jalan, decided untuk makan wantan mee sebab terpandang orang yang tengah beratur untuk mendapatkannya.. panjang jugak barisnya.. hari tu pernah try dah.. tapi, gerai yang hujung sekali.. kali ni gerai yang tengah-tengah pulak berhampirang dengan Ikmal Char Kuey Teow.. gerai no berapa, tak perasan pulak..
Suruh adik pi beratoq sementara aku pulak pi cari tempat untuk parking kan bont** ... heee... berkongsi meja dengan seorang ibu dan dua heronya... suka cara si ibu mendidik anaknya.. seolah-olah anaknya itu sebagai kawan... dalam hati pun terdetik untuk jadi ibu yang sebitu jugak.. in sha allah...
Dan terpandang menu roti bakar telur bakar... tetiba rasa teringin pulak nak merasainya untuk kali kedua.. tanya adik, and she agreed.. RM3 per set.. aku rasa, harga itu sangat berbaloi untuk set itu.. dua biji telur dan 2 keping roti benggali...



