PASTA JALANAN REVIEW

8:27 AM

PASTA JALANAN REVIEW


PASTA JALANAN REVIEW


Assalamualaikum. Holla ~ Dah lama dah dok tengok gerai Pasta Jalanan ni. Asal lalu ja, tengok orang ramai. Asal lalu ja, gerai tu sentiasa penuh. Tapi tak pernah pulak tergerak hati nak berhenti. Hek2. Malas benornye nak tunggu lelama gittew.

Tapi, hari tu time baca blog Kak Zai, rasa terpengaruh pulak. Lepas tu, bagi tau kat ibu kata Pasta Jalanan  ni sedap. Terus ibu ajak pi. Ibu ni memang peminat tegar spaghetti. So, one fine day, lepas hantaq Dikdik naik ETS kat Butterworth, kami pun singgah lah kat Pasta Jalanan yang terletak berhampiran dengan Taman Sutera Prima, Seberang Jaya. 


Confirm lah ramai kan. Tapi, untuk tidak menghampakan ibu, aku layankan aje. Sementara tunggu ibu order Pasta Jalanan tu, aku pi beli air kat gerai Wooden Woods kat belakang tu. Wooden Woods ni menyediakan menu air yang agak lain dari kebanyakkan gerai yang aku jumpa. Hat ni pun terpengaruh dengan Kak Zai jugak. Hik2.

So, setelah Pasta Jalanan kami siap, terus balik rumah. Hati dah meronta-ronta nak rasai kenikmatan Pasta Jalanan. Ibu punya Bolognese and mine, Carbonara. Aku sempat snap Carbonara ja sebab battery aku kong, aku suruh ibu snap sendiri Pasta Jalanan nya, tapi bolehlah pulak time aku nak gambar tu untuk di update kan kat sini, ibu cakap gambar tu dah delete. Ibu cakap, ingatkan aku dah amek gambar tu. Okey lah ! Nak buat cana kan. Sorry na sebab tak do gambar Bolognese tu. Nah belanja Pasta Jalanan Carbonara ja.




Hat ni, seafood and ibu punya, ayam. Untuk tekak aku, Carbonara ni, so-so je. Aku lagi suka kalau Carbonara yang aku buat. Hahaha. *masuk troli, tolak sendiri* Tak kena dengan selera aku, mungkin. Bolognese pun sama jugak sebab aku bukan sejenis peminat Bolognese. Aku kan tak berapa suka dengan tomato sebab kemasaman nya. So, Bolognese is not my type. Tapi, ibu suka ! Ibu cakap sedap even manis sikit. Siap ajak repeat for the next day. Huh !

Bare in mind, tekak aku dengan tekak ibu apatah lagi tekak orang lain, wajiblah tak sama. So, kalau aku cakap kureng untuk aku, tak semestinya kureng untuk yang lelain jugak kan. Kalau tak, tak de lah gerai Pasta Jalanan ni penuh ja selalu. Yeah ! Maybe kat tekak aku ja, Pasta Jalanan ni kureng best, kat tekak orang lain, ianya sangat malebes mabeles !

Tak pa ! Next time nak try Aglio Olio dia pulak. And yes ! Untuk spagethi, Pasta Jalanan memang ada tiga jenis ni sahaja. Tapi, Pasta Jalanan ada side order yang lain macam meatball. Tapi, hari tu tak beli pun meatball dia. Maybe next time. So, see ya next time Pasta Jalanan !

You Might Also Like

10 comments

  1. hee xpela skurgnya dah cuba beli n mkn.. sdp boleh repeat.

    ReplyDelete
  2. faa kureng sikit kalau spaghetti bolognaise. if carbonara suka, tapi makan sikit2 jelah sebab cepat muak hehe .

    btw faa dtg jalan sini
    www.farahdafri.com

    ReplyDelete
  3. tulahh ntah bila nak rasa pasta jalanan kak zai korg tu haha

    ReplyDelete
  4. sedapnya.. Atie pun peminat pasta

    ReplyDelete
  5. Tekak lain2 kan...
    Akk pun xbrpa sgt bolongnese tpi husband pnya fav..
    Kalau akak wat..harus diolah utk tekak Melayu ku....
    Xyah nak itali sgt la selalu ckp kt dia...
    Hahahhah

    ReplyDelete
  6. tekak Itali ni suka makan spaghetti..haha.tapi betul tu, sedap kat A, tak semestinya sedap kat B jugak..

    ReplyDelete
  7. pasta n spagetti tu nampak sama jek..biasa masak spagetti je kat umah x pernah beli pasta

    ReplyDelete
  8. nasib tak baik tempatnya di seberang..kalau di island dah cuba ni

    ReplyDelete
  9. tetiba terliur rasa nak makan pasta :)

    ReplyDelete
  10. Terliur nak makan gak tapi kak ekin puasa la

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored