PLUM TABLET CANDY ~ MENGGAMIT MEMORI

9:39 AM

Assalamualaikum. Holla ~

Sapa kenai Plum Tablet Candy ni ? Sapa tak besa rasa Plum Tablet Candy ni ? Ish.. Ruginya hampaa.. Sedap kot Plum Tablet Candy ni.. MZ kenal Plum Tablet Candy ni berzaman dah, serasa dari zaman sekolah-sekolah.

Yelah ! On the way nak balik kampung, *kampung la sangat* mesti Bonda Tersayang beli Plum Tablet Candy ni buat bekalan. Duluuu, rasa macam tak hingin nak try Plum Tablet Candy. Sebabnya, mesti masam berdengung, nama pun plum. Tapi, satu hari, setelah diberikan nur, MZ telah tergerak hati untuk mencuba Plum Tablet Candy ni. Sedap kot !

Since that, memang in love with this Plum Tablet Candy. MZ ada tabiat yang satu ni, yang MZ rasa susah jugak nak buang. MZ kalau makan jenis chewy tablet or candy, memang suka isap sat ja, then terus kunyah-kunyah bagi hancoq, telan ! Lepas tu repeat lagi. Makna kata, that chewy tablet or candy, in a blink of eye, will settle down. Kikiki


Sapa ada tabiat macam MZ tu ? Tu MZ malas beli Mentos dan seangkatan dengannya, sebab tau, nanti sekelip mata, Mentos lesap, tak sempat orang nak cukai, MZ sendiri yang cukai dulu. 

Tu sebabnya Plum Tablet Candy ni kalau dapat kat MZ, memang sekejap je habis, tak sempat nak simpan berhari-hari. Kalau nak simpan, jangan bukak packaging dia lagi, kalau dah bukak, pakai lah jawabnya.


Plum Tablet Candy, chewy candy, buatan Malaysia, logo halal jakim, recycle, kitar semula, kedai RM2, teluk air tawar, gst, nestle cornetto


Plum Tablet Candy ni adalah product buatan Malaysia dan sudah tentunya halal. Selain daripada plastic packaging yang boleh seal balik ni, Plum Tablet Candy ni jugak boleh didapati didalam bentuk botol. Tapi, MZ lagi suka dalam plastik ni sebab ianya lebih banyak dan murah berbanding dengan yang berada didalam botol.

Jangan tanya kenapa, kalau tak nanti MZ bawak buku IE (Industrial Engineering) kat hampa. Heee... 


Plum Tablet Candy, chewy candy, buatan Malaysia, logo halal jakim, recycle, kitar semula, kedai RM2, teluk air tawar, gst, nestle cornetto

Plum Tablet Candy, chewy candy, buatan Malaysia, logo halal jakim, recycle, kitar semula, kedai RM2, teluk air tawar, gst, nestle cornetto


Bonda Tercinta cakap manis sikit Plum Tablet Candy ni, tapi MZ rasa sedap ja. Tak masam sangat, tak manis sangat. Sedang-sedang sajaaa... Entah ! Lain lidah, lain rasanya.. Suka MZ nak ingatkan pasal statement ni.

Yang ini, MZ beli di kedai RM2 di Teluk Air Tawar, jadi untuk 2 packet, 50gm ni harganya RM2.12 termasuk GST. Untung kan ? Kalau kat kedai biasa, lagi mahai dari harga ni weh.

Hari tu MZ ada beli Nestle Cornetto di kedai RM2 tu, terkejut MZ sebab Cornetto pun berharga RM2. Hampa rasa ? Kalau rumah MZ dekat dengan kedai RM2 tu, satu tong ais krim dia MZ hangkut. Wakakaka

You Might Also Like

3 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored