MOVIE REVIEW .:. PIRATES & THE CARIBBEAN DEAD MEN TELL NO TALES

11:07 AM

Assalamualaikum. Holla ~

Bukan baru tengok, bukan jugak siaran ulangan, tapi siaran tertunggak. MZ ingatkan MZ dah langsaikan semua hutang untuk movie review ni, rupanya masih ada yang tertinggal dan salah satu daripadanya ialah Pirate & The Caribbean ni. Aduiduidui..

Sapa dah tengok, seat back and relax. Sapa yang belum, bolehlah teruskan pembacaan. Mengikut poster dibawah, end of May lagi movie ini telah ditayangkan, nampak tak betapa MZ peram Pirate & The Caribbean dalam poket MZ sensorang.

Image result
Credit to Google Image
MZ minat semua movie yang Johnny Depp berlakon, bukan sahaja movie, dengan Johnny Depp sekali MZ minat. Sebab bagi MZ dia sangat versatile, dalam setiap movie dia, dia sentiasa membawa watak yang lain dari diri dia sendiri, dan kalau kita tengok memang tak perasanlah yang itu sebenarnya Johnny Depp. Movie pertama Johnny Depp yang MZ suka, minat, dan gilai ialah Edward The Scissor Hand. Sapa pernah tengok ? Movie ni time MZ masih bersekolah rendah, rasa macam dah lama ja tak tengok movie tu lagi.

Back to the story...

Pirate & The Caribbean memang tak pernah kalah dengan aksi dan sentiasa membuatkan penonton tertunggu-tunggu dengan aksi seterusnya, dengan keletah Captain Jack Sparrow. Kekadang time tengok movie Pirate & The Caribbean terasa geram pun hado dekat Captain Jack Sparrow, tapi itulah yang menyebabkan movie Pirate & The Caribbean ni, "hidup".

Dead Men Tell No Tales masih diarahkan oleh  Joachim Rønning dan Espen Sandberg, manakala skripnya pulak daripada  Jeff Nathanson.

Henry Turner memerlukan bantuan Captain Jack Sparrow dalam menghapuskan sumpahan Trident of Poseidon keatasnya selama ini. Namun, Will Turner percaya Trident of Poseidon tidak mungkin akan dijumpai, dan disebabkan itu Will menyuruh Henry untuk melupakan niatnya.

Henry Turner kemudiannya bekerja dengan  British Royal Navy dan melalui  Devil’s Triangle yang menyebabkan kapalnya karam. Henry jugak telah diserang oleh krew hantu yang diketuai oleh Captain Salazar. Captain Salazar telah membunuh kesemua krew kapal British Royal Navy kecuali Henry dan berharap Henry dapat menyampaikan pesanan Captain Salazar kepada Captain Jack Sparrow.

Image result for pirates and the caribbean 2017
Credit to google Image

Image result for pirates and the caribbean 2017
Credit to google Image


Apakah pesanan Captain Salazar kepada Captain Jack Sparrow itu ? Berjayakah message tersebut disampaikan kepada  Captain Jack Sparrow ? Mampukah  Captain Jack Sparrow memadamkan sumpaha tersebut ? Siapa pulak Carina Smyth dan peranannya ? Apa terjadi dengan Captain Salazar seterusnya ?

Macam biasalah.. yang lelain MZ takkan ceritakan, nanti macam tak syok lah pulakkan.. saja bagi kinda thriller so that hampa teruja nak tengok what happened next.

Bagi MZ, movie Pirate & The Caribbean memang tak pernah kalah dihati MZ, memang tak pernah mengecewakan MZ. Dengan aksi dan debarannya, geram ja tengok plot dia kan. MZ bagi 5 bintang untuk Dead Men Tell No Tales. MZ rasakan ada kesinambungan lagi untuk Dead Men Tell No Tales ni, tapi tak tahulah lagi tajuk barunya tu kan.

Can't wait for the new movie... how about you ? Sempat lagi kalau nak tengok Dead Men Tell No Tales ni sebelum movie barunya keluar. *tu pun kalau hado*

Till then. See yaa ~~



You Might Also Like

6 comments

  1. cerita POTC ni honestly yang first sahaja akak faham. Tapi still akan tengok jugak. Yup, Johnny Depp memang power. Bila berlakon dia memang all out. Try this one : Sweeney Todd, Demon Barber of Fleet Street. My favourite sebab dia menyanyi dalam ni.haha

    ReplyDelete
  2. tak tengok lagi nanti nak tengok.. nampak mcm best jer

    ReplyDelete
  3. Liez xminat sgt cerita2 mcm ni...boleh la tgk tapi klau dekat tv tayang ke mmg cr channel lain.. hihihi

    ReplyDelete
  4. dah tengok.best! part kelakar tu memang lawak :)

    ReplyDelete
  5. Cerita macam ni maznee kureng nak tengok

    memang kurang minat

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored