BERRY BRIGHT, EYE NOURISHING DRINK
10:04 AM
Assalamualaikum. Holla ~
Setelah tenggelam timbul, tenggelammmmmm.... timbul dan tenggelam balik dan timbul balik.. hari ni MZ nak kongsikan dengan hampa suatu produk yang MZ kira berpuas hati sewaktu MZ mengamalkannya. Alhamdulillah !
Barang yang baik, mestilah dikongsikan bersama ye dak.. barulah semuanya mendapat manfaat.. Produk yang MZ maksudkan tu ialah Berry Bright, Eye Nourishing Drink. Kalau hampa nak tau, Berry Bright ini merupakan supplemen mata yang berasaskan makanan utuh, yang dilengkapi dengan nutrisi penting untuk melindungi dan mengekalkan kesihatan penglihatan mata. MZ kan rabun, maka sesuai sangatlah untuk MZ.
Berry Bright boleh diminum oleh kanak-kanak seawal pada usia 3 tahun, dan sudah tentunya orang dewasa boleh mengambilnya. Tetapi, pengguna kanta lekap, mata yang sering kering dan letih adalah sangat disyorkan untuk mengambil Berry Bright.
Ini disebabkan, Berry Bright mengandungi nutrien larut air yang membolehkan ia diserap dengan pantas dan memberi kelegaan dan sokongan pada mata kita.
Hampa yang mempunyai lingkaran gelap bawah mata turut digalakkan mengamalkan Berry Bright. Ini kerana, Berry Bright diformulasikan untuk meningkatkan peredaran darah dengan menyingkirkan toksin, mengurangkan pembentukan lingkaran hitam bawah mata dan memberi hampa penglihatan yang lebih segar dan jelas.
Selain itu, Berry Bright memberikan sokongan nutrisi dan pemakanan kesihatan mata yang lebih baik. Disebabkan gaya hidup moden, maka keperluan dan permintaan nutiris terhadap mata jugak meningkat. Mana tidak... dari celik mata, sehingglah mata kembali terpejam, asyik menghadapa telefon pintar sahaja... mata pun memerlukan nutirisi untuk melakukan kerjanya.
Jangan tak tahu, setiap sachet memberikan faedah yang sama dengan memakan 100 biji buah blackcurrant ! Banyakkan ???? Wow !!! Selain itu, Berry Bright jugak mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi, untuk setiap 500mg per sachet, seolah-olah bersamaan dengan 10 biji buah oren. Serius.... memang blackcurrant terkenal dengan kandungan vitamin C yang tinggi. Jadi, tidak heranlah mengapa Berry Bright mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi.
Yang penting Berry Bright tidak mengandungi bahan pewarna dan pengawet, sesuai untuk mereka yang vegetarian serta ia disahkan HALAL oleh pihak JAKIM.
Terdapat 2 jenis Berry Bright iaitu, Berry Bright Original dan Berry Bright Stevia. Berry Bright Original mengandungi fruktosa semulajadi yang bersamaan dengan kandungan gula dalam setengah biji epal, 38 kalori untuk setiap hidangan dan sesuai untuk semua peringkat umur.
Berry Bright Stevia pulak, tidak mengandungi gula tambahan, tetapi hanya menggunakan Stevia yang berasaskan tumbuhan sebagai pemanis. 31 kalori untuk setiap hidangan serta diperkayakan dengan antosianinn Bilberi Eropah dan diberi campuran. Jugak sesuai untuk semua peringkat umur tetapi disyorkan untuk individu yang ingin mengurangkan pengambilan kuantiti gula serta pensakit kencing manis.
Berry Bright ialah pemenang anugerah Malaysia Health & Wellness Brand Awards 217 yang dianjurkan bersama Sinchew Daily dan Life Magazines serta disokong/ disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Pemenang – Kategori “Makanan Kesihatan” (Health Food)
Berry Bright jugak dinobatkan sebagai Natural Health Readers’ Choice Awards 2017, 2015, 2014
Pemenang - "Suplemen Penjagaan Mata Semulajadi Terbaik“ (Best Natural Eye Care Supplement) dan Long Life Health & Beauty Awards 2015 & 2014Pemenang – Kategori “Penjagaan mata” (Eye Care).
Cara penyediaan yang mudah serta rasa yang sedap membuatkan MZ jatuh cinta dengan Berry Bright. Hampa hanya perlu menyediakan 150ml air bersuhu bilik/ air sejuk, kemudian tambahkan satu sachet Berry Bright dan kacau, gaul rata dan minum dengan segera untuk mengelakkan pengoksidaan.
Setelah mengamalkannya untuk lebih kurang sebulan, "power mata" MZ berkurang. Patutlah MZ rasa kurang selesa dengan kaca mata (baca jugak spec) sekarang. Rupanya, bila check dikedai yang membuat kaca mata, power sudah turun. Banyak jugak penurunannya. In sha allah... MZ nak terus mengamalkan Berry Bright ni, mana tahu rabun ni boleh hilang terus dari MZ. Hiks...
Upsss ! Lupa nak bagitau.. antara Berry Bright Original dan Berry Bright Stevia, MZ lebih gemarkan Berry Bright Stevia. Rasa manis Stevia dan blackcurrant memang ngam habis. Sedap sampai rasa tak cukup satu sachet.
Kalau nak tau macam mana rasa sedapnya Berry Bright ni, cepatlah order Berry Bright di laman sesawang INI dan masukkan kode sitinurzafirahdc01 untuk mendapatkan diskaun sebanyak 15%. Jom sihatkan mata hampa dengan Berry Bright.
8 comments
Nampak macam sedap jeaa. Sukanyaa dengan rasa berry!
ReplyDeleteBukan nampak macam sedap, memang sedap pun... hehehehe
DeleteDah macam duta produk pula sis zafirah ni. Hihi
ReplyDeleteHahaha.. in sha allah, kalau ada rezeki kan.. heeee
DeleteYeah.. Minuman untuk mata.. Mesti lepas ini makin cantik mata zafirah..
ReplyDeleteCantik tu memang dah lama.. ahaks ! yang penting, rabun pun dah berkurangan.. alhamdulillah
Deletewah..makin bercahaya la mata bila tengok cik abang. Eh..hahaha
ReplyDeletehahahaha.. ehh ! memang selalu bercahaya kalau tengok dia.. :p
DeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^