RAMADAN BUFFET DINNER .:. SAJIAN LAUT, SELERA KAMPUNG NELAYAN
10:28 AM
Assalamualaikum. Holla ~
Diam tak diam, dekat 2 minggu jugak MZ menghilang. MZ ingatkan MZ dah draft entri untuk auto publish, hari ni baru sedar yang last entri adalah pada 6 April 2018. Penyakit sangat hang ni Zafirah oiii !
Setelah sekian lama menyepi, hari ni MZ nak sajikan hampa dengan Ramadan Buffet Dinner, Sajian Laut, Selera Kampung Nelayan yang dibawa khas dari Lexis Suites Penang. Yelah ! Ramadan bakal menjelang, mestilah entri ramadan buffet review menjelma. Ye dak !
Tahun ni, untuk permulaan, Lexis Suites Penang telah berbesar hati menjemput MZ untuk merasai nikmatnya juadah berbuka puasa yang bakal berlangsung dari 17 May ~ 14 Jun 2018 ini. Tak lama dah tu kan...
Apa yang menarik ?
Di Lexis Suites Hotel, pelbagai menu yang bakal menarik mata, tekak dan perut pengunjung. Terdapat lebih 100 pilihan hidangan yang bakal berubah mengikut minggu. Ada antaranya akan dipersembahkan kepada pengunjung secara LIVE gittew.
Antara signature main dish di Lexis Suites Penang adalah, gulai udang galah, ayam percik, siput sedut, masak lemak cili padi, daging kuzi daun pudina, ikan tenggiri gulai kampung, paru masak berlada dan beberapa menu lain seperti laksa, koay teow goreng dan mee ketam.
Aneka pencuci mulut
Aneka jeruk
Aneka buah-buahan yang doleh dicelup dengan choclate...
Terdapat jugak aneka kuih raya, yang merangkumi moden dan tradisional. Tidak dilupakan sup gearbox yang menjadi menu wajib disini. (must try hokey!) Ais krim Malaysia pun boleh didapati di Ramadan Buffet Dinner, Sajian Laut, Selera Kampung Nelayan.
Aneka kuih muih
Juadah yang disediakan
Hero of the day, kambing bakar
Signature main dish : Gulai udang galah... onomnomnom
Gearbox bersama roti
Laksa Penang
Mee ketam
Aneka kerabu
Malaysian's favorite : satay
N.Sembilan Ayam percik Serai Wangi
Ikan Tenggiri Gulai Kampung
Ekor Masak Merah
Beef Rendang Dendang Sayang
Ketam Masak Lemak
Sweet Sour Fish
Udang Nestum
Gong Po Sotong
Aneka kurma
Pulut, ketupat dan lemang
Sempat jugak selfie dengan menu yang menambat mata MZ pada hari kejadian... Tak sah pulak kalau bulan Ramadan, tapi tiada bubur lambuk kan. Bubur lambuk di Lexis Suites Penang memang menyelerakan dan antara menu yang wajib hampa try. Rugi tak cuba.. nak pulak dicampurkan dengan sup gear box, terangkat baq hang....
Kalau chef posing dengan juadah istimewanya, MZ pulak posing dengan juadah yang ada... kikikiki.. ni antara juadah yang MZ sempat santap. Geram rasa macam nak cuba kesemuanya sekali, apakan daya perut comel tidak memberikan green light.
Apa yang MZ boleh katakan, rata-rata juadah yang dihidangkan memang sedap-sedap belaka. Koay teow kambing, Laksa Penang, ketupat pulut, menu-menu kampung, memang semuanya marvelous. Memang tak rugi kalau hampa nak bukak puasa disini nanti.
Harga buffet adalah seperti berikut:
Dewasa : RM98nett
Warga emas : RM70nett
Kanak-kanak : RM50nett
Untuk early birds voucher yang berharga RM70nett, hampa boleh mai berbuka pada tarikh 17 May ~ 23 May 2018 dan untuk early bird batch kedua, voucher berharga RM78.40nett dan boleh menikmati juadah pada 24 May ~ 30 May 2018.
Untuk hari raya pun pihak Lexis Suites Penang berbesar hati untuk mengadakan buffet yang bermula pada 14 ~ 15 June 2018 dan berharga RM78nett untuk dewasa, RM50nett untuk warga emas dan untuk kanak-kanak pulak RM40nett.
Untuk in-house guest ada diskaun sebanyak 15% ~ 20%. Jadi, kalau hampa berminat untuk membuat tempahan, hubungi 04-6282888 atau sila emailkan kepada reservations@lexissuitespenang.com
Tu sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi di lain entri....
8 comments
Ibu singgah blog walking hari isnin sis zafirah. Selera makan. WAh
ReplyDeleteTerima kasih datang singgah.. selamat hari buruh IS
DeleteMama datang singgah blog walking blog sis zafirah. Memang sedap makan di kedai.
ReplyDeleteTerima kasih Mama.. selamat hari buruh....
Deletemakan kat kedai memang sedap... hehehe
Maznee datang blog walking petang selasa ni sis. Selamat menjamu selera.
ReplyDeleteSelamat hari buruh Sis Maznee... selamat beristirehat
DeleteSelamat petang puan. Saya singgah blog walking. Ramadhan kareem
ReplyDeleteTerima kasih datang singgah.. selamat berpuasa yang bakal tiba tak lama lagi
DeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^