SEMBANG GEGURL .:. OPTICARE MULTI MATE, MULTIPURPOSE SOLUTION
1:00 PM
Assalamualaikum. Holla ~
Wahhh ~ Dah lama tak menjejakkan kaki kat sini.. rindunye la hai.. rindu nak blogwalking and tinggalkan jejak kat blog hampa jugak. Acap kali MZ kecundang bilamana niat telah dipasang untuk blogwalking. Moga Allah permudahkan urusan untuk setipa niat yang baik. Aaaaminnn...
Masih sempat untuk MZ ucapkan Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin. Maafkan salah dan silap MZ sepanjang perkenalan kita di alam maya mahupun di dunia yang penuh pancaloba ittew. So, siapa yang masih ON open house untuk minggu ni, bolehlah ajak MZ yerrrr... hew hew hew..
Kali ni, MZ nak review lagi satu produk yang MZ baru sahaja membeli serta menggunakannya, yakni Opticare, Multi Mate, Multipurpose solution. Yahh ! Contact lens user mesti tau kan apa dia multipurpose solution ni. Bukan sejenis multipurpose flour tau. Ia adalah fluid yang digunakan untuk merendam serta membilas contact lens kita.
Ini adalah produk baharu yang berada di pasaran pada tanggapan MZ. Sebabnya, MZ baru pertama kali melihatnya. Memang MZ nak beli satu lagi solution untuk digunakan dirumah. Brand yang biasa MZ guna tu, MZ tinggalkan dirumah parents MZ. So, takkan tiap kali nak berangkutkan, makanya tergeraklah hati untuk membeli solution yang baru.
Setelah MZ membuat survey di 3 buah kedai drug store, maka MZ memperkenan untuk membeli Opticare, Multi Mate, Multipurpose solution di Guardian dengan harga RM12.50. Saya beli yer...
Kenapa MZ membeli Opticare, Multi Mate, Multipurpose solution ? At first,, mestilah MZ nak rasai produk baharu ini. Jangan takut untuk keluar dari bawah tempurung ye. Kalau kita tidak pecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya.. Ye dak ?
Sama macam brand yang lain, Opticare, Multi Mate, Multipurpose solution claim yang ianya sesuai untuk digunakan sebagai pencuci, membilas, membasahkan , mengkocak, bertindak sebagai pelincir dan lembut untuk mata. Juga, dapat menyahkan protien. Wau ! Yang ini, first time MZ baca. Nanti MZ kena buat sedikit kajian tentang ini.
By te way, segala detail boleh didapati di kotak Opticare, Multi Mate, Multipurpose solution ini. terdapat pelbagai detail disediakan yang MZ rasa, tidak boleh didapati daripada brand yang lain.
Macam biasa.. kebanyakkan pengeluar contact lens solution memang memberikan lens case secara percuma termasuklah Opticare, Multi Mate ni. MZ dapat warna hijau epal. Cantik an...
Yang MZ rasa mudah, sebab expired date dicetak pada botol dan bukan pada kotak. Selalunya, MZ akan buang kotaknya, jadi selalu tertanya-tanya bilakah expired date untuk contact lens solution MZ tersebut. Dan nak lebih mudah, MZ tulis sendiri dengan menggunakan marker pen diatas botol solution tersebut. Tapi, dengan Opticare, Multi Mate ni, MZ dah tak payah nak berakit-rakit dahulu. Sebab, dah memang printed kat botolnya. Auchhh !
MZ gunakan Opticare, Multi Mate ni sama seperti biasa, membilas, mencuci dan merendam. Dan MZ dapati ianya sangat selesa pada mata. Walaupun MZ tukar solution dari brand yang lain, MZ masih tidak mempunyai masalah dengannya.
Mata MZ selesa, tidak mengalami radang serta gatal-gatal. Overall, MZ memang berpuas hati. I loikeeee ! MZ memang recommend hampa untuk try Opticare, Multi Mate ni jugak.. dan yang penting Opticare, Multi Mate ni telah disteril.
Tapi, lain orang lain citarasa dia, lain peel dia, lain kesesuaiannya... brgantunglah kan.. MZ hanya bersuara dari sudut hati MZ jerrrr....
11 comments
salam perkenalan dan salam aidilfitri dari ejulz..
ReplyDeleteJemput singgah entry terkini ejulz :
http://ejulz.blogspot.com/2018/07/konflik-seorang-pengkomen-tegar.html
http://ejulz.blogspot.com/2018/07/ajal-tidak-lambat-sesaat-dan-tidak.html
http://ejulz.blogspot.com/2018/07/top-komentor-sepanjang-zaman.html
Jemput join segmen ejulz jika belum join :)
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html
ejulz follow sini. harap sudi follow blog ejulz jugak :)
ReplyDeleteTerima kasih singgah dan follow.. I'm coming.. :)
DeletePernah sekali ja pakai contact lens.. Time tunang dulu...
ReplyDeleteKalau tak rabun, tak pakai pun tak pa..mata original lagi best.. ni sebab rabun, dan gigih tak mau pakai spec, tu yang pakai tu... teringin tak rabun dahhh.. huuuu
DeleteMama singgah bertandang ke blog sis petang rabu ni.
ReplyDeleteHeee... kite tengok pagi Ahad... :)
DeleteAssalamualaikum sis, maznee tumpang lalu. Singgah blog walking.
ReplyDeleteWaalaikumsalam... terima kasih tak jemu singgah walaupun tuan rumah selalu je tak de
DeleteSalam Jumaat, Mama singgah blog walking.
ReplyDeleteSalam Ahad Mamaa... selamat beristirehat
DeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^