SEMBAN GEGURL .:. ALTHEA SKIN DETOXER GREEN TEA @ ROSE YANG SUPER BEST
9:15 PM
Assalamualaikum.
Holla ~
Mood MZ masih lagi
mood sembang gegurl. So, hari ni MZ nak kongsikan pulak new but not
so new baby from Althea Korea. Yeahh ! Kalau sebelum ni entri pasal Milk Peel Cream Mask, yang mana kalau hampa tak baca lagi, boleh baca kat SINI, kali ni entri pasal
product from Althea Korea lagi. Sebab produk Althea Korea bestlah, sebab
tu MZ pahatkan kat sini, semoga orang lain pun dapat merasai
manfaatnya jugak.
Produk yang MZ nak
kongsikan pada hari ini ialah, Skin Detoxer, Green Tea dan Rose. Aum
! Kalau sebut 2 perisa ni, Green Tea dan Rose, mesti hampa dapat
bayangkan bau keduanya. Segar ! Wangi ! Mmmm… Sedap je rasa… Sapa
yang macam ni ? Kita geng… Normal lah manusia, kalau kita sebut
tentang sesuatu perkara / hal, pasti otak dia akan terbang ke ‘sana’.
Sama ada, bau, rasa, fizikal, tekstur dan sebagainya. Ehh ! Ke tak
semua yang macam tu….. kalau dah terkenan dengan Skin Detoxer ni, jengah SINI okeh !
Kalau semua orang,
tak macam tu, jadi hampa kena lah beli, rasai dan bau Green Tea dan
Rose ni sendiri. Yaaa ! Memang kedua Green Tea dan Rose ni, bau dia
sangat segar. Terasa seolah-olah berada di ladang teh sewaktu
menggunakan Skin Detoxer Green Tea dan terasa seolah-olah berada di
kebun bunga mawar sewaktu menggunakan Skin Detoxer Rose. Sedap !
Bagi MZ, peminat
Green Tea dan Rose WAJIB mencuba kedua-dua skin detoxer ini.
Selain baunya yang segar, ianya jugak mengandungi partikel-partikel
Green Tea dan Rose itu sendiri yang membantu untuk menanggalkan
sel-sel kulit mati. Partikel-partikel ini akan bertindak secara
lembut untuk mengeluarkan sel-sel kulit mati tersebut.
Dengan penggunaan
yang konsisten, percaya tak yang kulit hampa akan kelihatan glowing,
sihat dan segar. Segala sel kulit mati, white head serta black head
tidak hingin untuk hinggap diwajah hampa. Yang MZ perasan jugak,
setiap kali selepas penggunaan, wajah MZ terasa lebih lembut, dan
apabila bangun keesokkan harinya masih dalam keadaan lembut. Itu
antara sebab kenapa MZ amat menggemari Skin Detoxer, Green Tea dan
Rose.
Cara penggunaanya
adalah mudah… pastikan muka hampa bebas dari sebarang solekan dulu
hokey.. lepas tu, sapukan secara rata di permukaan kulit wajah
hampa.. biarkan dalam masa 10 saat, basahkan permukaan tapak tangan
dan hampa boleh terus menyental muka hampa.. upsss !!
berhati-hati dengan kawasan sekelililng mata ya.. dikawasan tersebut
tidak memerlukan excessive movement (sentalan). Air yang kat tangan
hampa tu, bila bercampur dengan produk yang telah disapu diatas muka
hampa akan menghasilkan buih seolah-olah pencuci muka.
Lepas dah berpuas
hati dengan sentalan tersebut, hampa bolehlah membilas muka hampa
dengan air suam. Tapi, kalau tak mau menggunakan air suam, gunakan
air paip biasa pun boleh... dan, hampa rasai sendiri
perbezaannya…. Mmm.. nyaman…. Syokkk.. lembut….. I’m lovin
it….
Merelit hidung penangan Skin Detoxer Althea ni
Antara kelebihan
lain Skin Detoxer Rose ni ialah ia akan menyingkirkan ‘roughness’
dan akan membuatkan kulit hampa glowing manakala Skin Detoxer Green
tea pulak akan membuatkan hampa berasa tenang dan membersihkan kulit
yang sensitif.
Dicadangkan untuk
menggunakan Skin Detoxer Rose pada waktu pagi dan Skin Detoxer Green
Tea pada waktu malam. Yelah kan.. pada waktu pagi, wajiblah kita nak
nampak muka kita fresh dan pada waktu malam pulak kita nak muka kita
dalam keadaan berehat setelah penat disiang hari.
Jangan tak tau pulak
yang Rose yang digunakan adalah May Rose yang hanya berbunga hanya 5
minggu dan hanya tumbuh di Grease dan France. Ianya dikutip secara
manual yakni melalui kaedah petik memetik supaya kesegarannya terus
terjaga. Ianya dapat membantu untuk meneutralkan pH kulit 5x lebih
baik daripada rose yang biasa ni tau.
Untuk Green Tea
pulak, Althea telah menggunakan Jeju’s Green Tea membesar pada
musim bunga yang membolehkannya harness the natural energy daripada
pulau itu. Ia mengandungi 5x Vitamin C daripada lemon.
Oh yaaa.. khabarnya
Produk Althea ni ada kolaborasi bersama dengan Korea’s Top TV
program: Get It Beauty !. So, tunggu apa lagi… sila dapatkan Skin
Detoxer, Green Tea dan Rose di laman sesawang Althea. Kalau amek pek
kombo, lagi jimat berbaloi-baloiiiiii…. Sapa yang sudah merasai
kenikmatan Skin Detoxer,
Green Tea dan Rose, komenlah
kat bawah supaya orang lain pun dapat bersama-sama kongsi kasih
dengan Skin Detoxer, Green
Tea dan Rose. :)
6 comments
Mcm2 product althea ni ya. .
ReplyDeleteHaah.. Althea semakin mengembangkan sayapnya.. pelbagai produk menarik dari Althea
DeleteBestkan detoxer ni. Nak restock la, kite punya dah nak habis
ReplyDeleteAah.. best.. bau pun sedap.. wow ! laju habis.. MZ punya ada lagi... berjimat cermat.. hehe
Deleteyang rose ni memang nak cuba. next year la kot tunggu yang sedia ada habis hehe..
ReplyDeleterose pun best, green tea pun best.. wajib cuba keduanyaa
DeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^