Assalamualaikum. Holla ~
MZ memang rabun, dari sekolah rendah lagi. Tapi, sejak-sejak dah besar dan berwang ni, teringin pulak nak cantik tanpa kaca mata. Hajat hati memang nak buat lasik, tapi belum kesampaian lagi.. doakan MZ naaa.. in sha allahhh... aaaminnn...
Ceritanya, dah nak cantik tanpa kaca mata, mestilah contact lens (baca jugak sebagai kanta lekap) menjadi pilihan. Tak pakai pun tak boleh jugak, kabur pandangan mata... bebaru ni MZ beru sahaja membeli 3 pasang contact lens yang bersesuaian dengan power mata MZ. Harga untuk 3 pasang tu, tak sampai RM100.
Jangan risau, sebabnya MZ memang beli di kedai yang menjual cermin mata + brand tersebut memang brand yang terkenal.