CONTACT LENS TERKOYAK ?? SELAMAT KE TIDAK EA....
9:31 AM
Assalamualaikum. Holla ~
MZ memang rabun, dari sekolah rendah lagi. Tapi, sejak-sejak dah besar dan berwang ni, teringin pulak nak cantik tanpa kaca mata. Hajat hati memang nak buat lasik, tapi belum kesampaian lagi.. doakan MZ naaa.. in sha allahhh... aaaminnn...
Ceritanya, dah nak cantik tanpa kaca mata, mestilah contact lens (baca jugak sebagai kanta lekap) menjadi pilihan. Tak pakai pun tak boleh jugak, kabur pandangan mata... bebaru ni MZ beru sahaja membeli 3 pasang contact lens yang bersesuaian dengan power mata MZ. Harga untuk 3 pasang tu, tak sampai RM100.
Jangan risau, sebabnya MZ memang beli di kedai yang menjual cermin mata + brand tersebut memang brand yang terkenal.
Kali pertama MZ menggunakan contact lens tersebut, boleh pulak sebelah dari contact lens tu hilang dari radar. Jenuh MZ mencari.. jumpa jugak akhirnya.. pada penggunaan pertama tersebut, MZ rasa kurang selesa dengannya namun tetap terus menggunakannya.
Kemudian, kali kedua penggunaan, sewaktu cuba untuk membukanya, salah satu dari contact lens tersebut hilang lagi. Jenuh MZ mencari, dan akhirnya, berjaya jugak dijumpai. Tapi, sayangnya kali ni contact lens tu terkoyak.
Aduhh ! Sayangnya, baru 2 kali penggunaan... hajat hati memang nak pakai saja walaupun dah koyak, tapi demi keselematan diri baik MZ cari dahulu baik buruk mengenakan contact lens yang dah koyak..
Cari punya cari, kebanyakkan mengatakan banyak buruknya dari baik apabila mengenakan contact lens yang sudah terkoyak. Siap ada yang matanya kena infection disebabkan penggunaan contact lens yang sudah terkoyak walaupun tanpa sedar. Terus terasa ngerinya...
Maka, MZ simpan hajat untuk menggunakan contact lens yang sudah koyak tu... so, untuk hampa yang mengalami nasib yang sama, simpan sajalah hajat hampa tu untuk menggunakan contact lens yang sudah terkoyak. Walaupun ianya masih baru, masih belum digunakan mahupun baru beberapa kali digunakan. Sayangilah mata hampa sebaiknya naaa....
Credit to Google Image
2 comments
wak x penah pakai contact lens., takut hooooo., ;p
ReplyDeletetidak pernah seumur hidup pakai lens
ReplyDeletetakuuiiittt
Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^