RESEPI TEPUNG PELITA
12:12 AMAssalamualaikum. Holla ~
Bulan puasa ni, confirm lah up resepi seketul dua. Dari dulu lagi, since zaman kecik-kecik, asal bulan puasa ja, kalau ke PaRam mesti nak beli Tepung Pelita ni. Terlalu sinonim bagi MZ. Kalau bulan biasa tu, tak pernah pulak beli.. kalau bulan puasa tu, melonjak-lonjak perasaan tu. Seton dah kena ikat, nampak sangat masih membela... kikikiki
Semalam, Mr.H tunjuk gambaq Tepung Pelita ni. Zupppp.. terus rasa teringin.. cari punya cari, tengok-tengok resepinya menggunakan tepung beras, which is habis kat rumahku syurgaku ni. Dah tu, dia ada spesific pulak tu tepung beras ni. Silap beli tepung beras, jadi laksa pulak satgi. Cehhhh... peberet jugakkk... so, MZ cari lagi dan jumpa resepi yang menggunakan tepung gandum, resepi orang Perak dan dinamakan sebagai Kuih Limas.
Tepung gandum tu, memang lah ada.. cuma yang tadak sekarang ni, perasaan.. sebab selalu beli, Tepung Pelita, bukan Kuih Limas.. berbelah bahagi lagi... cari lagi, dan jumpa resepi yang menggunakan tepung jagung.. Yeah! Tepung jagung memang adaa.. tapi, daun pandan pulak tadak... jenguk rumah makcik belakang, tengok-tengok ada... tapi, makcik pulak tadak... kebetulan Mr.H pi bersosial sekejap dengan anak menakan makcik tu, dapatlah dia sepokok daun pandan..
Teruja terus... terus berkobar-kobat niat nak membuatnya.. dan berikutlah resepinya,
Lapisan bawah (hijau)
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula
1 cawan daun pandan (blend daun pandan dengan secawan air, pastu tapis)
Sedikit pewarna hijau (MZ bantai letak warna biru)
4 cawan air biasa
*Campurkan semua bahan diatas dan kacau sehingga sebati (jangan bukak api lagi)
*Kemudian bukak api, kacau tanpa henti dan pada satu arah pusingan saja. Pastu, adunan dah likat dan ada letup-letup tu, tutup api dan dan tuang ke dalam bekas untuk disejukkan.
Lapisan bawah (santan)
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula
1 cawan kotak santan 200ml
Secubit garam
5 cawan air biasa
Cara sama dengan lapisan atas.. dah siap, boleh tuangkan atas lapisan hijau.. sejukkan dan tunggu waktu berbuka.. yummeh..
Tadaaa..
5 comments
Cantiknya tepung pelita warna biru! :) salam ramadan ya...hehe...
ReplyDeletetepung pelita ni musim puasa saja baru sedap dimakan..hehe
uishh rare tu warna. aura bulan puasa memang lain. mesti ada sesuatu yang di tunggu-tunggu
ReplyDeletetime posa ni memang antara kuih yang disebut2.. tapi saya x minat sngt..
ReplyDeletecuma akan ada pnya kat rumah hari2 sbb ramai yang suka hehe..
jenuh ahkak telek gambor tu lelama
ReplyDeletedok konpius mata aku yang kiok kaaaaa
dok nampak warna biru
ghopernya sungguh biru he3
1st time tengok tepung pelita biru..hehe
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^