Si Hijau Penyelamat, Cosmoderm Tea Tree Oil

9:26 AM

 Assalamualaikum. Holla ~

Ramai lagi ka yang WFH hari ni ? Best kan kalau boleh WFH. MZ termasuk dalam team operation, yang kena berkerja tiap hari di ofis. Sadis ! Tapi, memandangkan musim-musim ni, kesesakkan lalu lintas berkurangan dan parking pun banyak kat tempat kerja tu. Biasanya, kemahen payah lagi nak ada parking. :(

Walaupun WFH, tapi kalau hampa nak kluaq, pastikan follow SOP tau. Marilah kita bersama-sama menjaga kita. Eceh !

Dak aih. Bukan nak berkempen, nak share barang baik ja. Sapa sini pengguna produk Cosmoderm ? Hampa pakai set yang mana satu ? Hampa tau dak, Comsoderm telah mengeluarkan set baru iaitu set Cosmoderm Tea Tree Oil. Kalau dengaq pasal Tea Tree ni mesti hampa boleh agakkan yang ianya produk untuk kulit berminyak aka jerawat. Ya, Cosmoderm Tea Tree Oil direka khas untuk kulit berminyak dan kulit bermasalah.

Kulit MZ ni sejenis kulit yang kering, boleh dikatakan sebagai kulit bermasalah lah kot no. Ha laa. Kalau kulit tadak masalah, dia tak kisah apa pun, dia maintain cekang toing toing gituhhh. Tapi, kulit MZ ni kalau kering, macam dalam aircond ka, confirm akan jadi macam padang pasir. So, MZ antara orang yang sesuai menggunakan Cosmoderm Tea Tree Oil ni.




cosmoderm, tea tree oil, menghilangkan jerawat, kurangkan jerawat, parut jerawat, kebaikkan tea tree

cosmoderm, tea tree oil, menghilangkan jerawat, kurangkan jerawat, parut jerawat, kebaikkan tea tree

cosmoderm, tea tree oil, menghilangkan jerawat, kurangkan jerawat, parut jerawat, kebaikkan tea tree


Ada banyak tau produk dalam rangkaian Cosmoderm Tea Tree Oil ni, antaranya pelembab yang boleh digunakan pada siang dan malam, toner, shower gel, serum kawalan minyak dan Tea Tree Oil Anti Blemish yang berfungsi untuk memudarkan jerawat dan bintik hitam.

cosmoderm, tea tree oil, menghilangkan jerawat, kurangkan jerawat, parut jerawat, kebaikkan tea tree

Menarikkan ? Banyak pulak rangkaian produknya. Semua MZ dah cuba dan MZ paling suka Cosmoderm Tea Tree Oil Cosmoderm Tea Tree Oil, shower gel. Bukan saja kulit muka yang kering, kulit pada kaki pun kering. Sejak menggunakan shower gel Cosmoderm ni, kulit kering berkurangan. Selain itu, MZ jugak sukakan pelembab dia tu. Istimewanya pelembab tu sebab boleh digunakan pada siang dan malam. Kulit tak terasa kering, lembab ja.

Serum kawalan minyak dan anti blemish tu pun apa kurangnya. Memang seronoklah menggunakan set Tea Tree ni. Pendek kata, memang puas hati dengan produk Cosmoderm ni. Hampa pun kena try, tak rugi ooo….

Boleh dapatkan di drugstore berhampiran hampa tau.

 

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored