Pendaftaran Vaksin COVID-19

10:01 PM



 Assalamualaikum. Holla ~

Baru-baru ni dos kedua untuk vaksin Covid-19 telah diberikan kepada petugas-petugas barisan hadapan. Selepas petugas barisan hadapan, siapa pulak yang bakal menerima vaksin-vaksin tersebut ? Kalau hampa dah mendaftar, hampa adalah salah seorang yang telah memasuki barisan untuk mendapatkan vaksin ini.

Vaksin ini diberikan secara percuma. Yaaa.. percuma.. macam mana caranya untuk mendapatkan vaksin ni ? Haaa.. ni lah yang MZ nak ajarkan sekarang ni. Mungkin ada yang sudah tahu, dan sudah mendaftar. Tapi, masih ramai lagi yang belum berdaftar. Atas alasan apa pun, hampa sendiri ja yang tau.. 

Macam ni caranya.. mula-mula pastikan hampa dah muat turun aplikasi MySejahtera dulu tau. Lepas tu, bagi yang pertama kali menggunakan aplikasi ni, kenalah mendaftarkan diri. Dia akan mintak beberapa butir-butir diri, lepas tu keadaan semasa kesihatan hampa..

Dah register tu, akan ada paparan utama yang digunakan untuk ‘Check In’ setiap kali hampa masuk ke mana-mana tempat awam. Bucu sudut kanan, ada perkataan ‘Close’, haaa.. tekan situ.. lepas tu, dia akan paparkan skrin seperti berikut.


Klik Covid-19 Vaccination dan satu paparan lain akan muncul. Paparan seperti berikut, 



Klik item yang pertama, Vaccine for *nama hampa*... lepas tu, hampa kena jawab beberapa soalan lagi.. dan jika pendaftaran hampa tu berjaya, paparan seperti berikut akan muncul..



Dan, ini bermaksud pendaftaran hampa telah berjaya. Hampa kena sentiasa update aplikasi MySejahtera ni tau supaya hampa tak terlepas tarikh untuk mendapatkan vaksin. Dan sekiranya tarikh telah diberikan dan hampa tak boleh hadir pada hari berkenaan, hampa boleh meminta untuk menunda tarikh tersebut kepada tarikh yang lain.

Yang penting, jangan lupa muat turun aplikasi MySejahtera ni. 

Sekian untuk hari ni. Jumpa lagi esokkkk... cau sin ciiiii







 





You Might Also Like

0 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored