TEMPAT MAKAN BEST .:. JJCM CHILI'S, GURNEY
TEMPAT MAKAN BEST .:. JJCM CHILI'S, GURNEY // Assalamualaikum. Holla ~ Entri terperuk. Maaf sebab tak sempat nak mengarang. Bukanlah selalu pun jejakkan kaki kat Gurney ni. Seingat aku, baru beberapa kali ja menjejakkan kaki kat sini walaupun dah menetap kat Penang ni bertahun-tahun lamanya.
So, hari tu SYM ajak celebrate last day dia sebagai tenaga pengajar di UiTM. Aku yang memang free ni pun, apa lagi. Lajulah mengiakannya. Motif utama ke Gurney ialah menonton wayang disamping motif kedua ini, yakni Chili's.
Movie yang ditonton hari itu ialah Hotel Transylvania 2. Nanti aku review dalam entri yang lain pasal movie tu na. Entri ni pasal memenuhi perut-perut comel ini je. Boleh katakan hari tu agak berlapar semata nak makan Chili's, cuma beralaskan popcorn sewaktu menonton Hotel Transylvania 2. Nasib baik, kepala tak mengamuk sakan. *angin*
Disebabkan kejadian ini telah berlaku lama, jadi harga untuk makanan-makanan ini memang aku tak ingat langsung. Nama dia pun aku blur-blur. Maaflah ea. Nanti kalau hampa tengk dalam menu tu, ad gambar-gambar makanan berikut, sila catitkan nama makanan dan harganya sekali ye. Untuk memudahkan proses berikutnya. Hik2.


