WORDLESS WEDNESDAY #58 .:. CONGRATS SEHA & FIZI
WORDLESS WEDNESDAY #58 .:. CONGRATS SEHA & FIZI
Assalamualaikum. Holla ~
Entri reput dalam desktop ! Tahniah Seha & husband.. Till Jannah ~
SHIDA & FAN'S WED ! CONGRATS ~~
SHIDA & FAN'S WED ! CONGRATS ~~
Since today is Sunday, cerita santai lah. Cerita basi dalam draft. Maaf Shida dan Fan sebab lambat wish officially.
Congrats to both of you on your wedding day even dah berbulan-bulan ye. Tapi, newly wed lagi kan ? Muhehehe...
Jom ke Muo lah kite... The dulang's girls bertandang dengan tema coklat mustard. Tapi... Macam biasalah, mesti ada sorang minah tu bebajet, dia konpom2 lain dari yang lain. She's not weird, but, she's unique ! *tepuk2 bahu sendiri*
Thank you Muni and Pok Ley sebab tumpangkan ai and Ibu Cirah yang tak dapat turut serta untuk serta untuk menjadi The dulang's girl pada hari tu sebab ayam jeles dengan dia. So, ayam bagi lah pox kat dia. Jadilah chicken pox. *ehh ! apa aku merepek ni*
BARAKALLAH AIDIL & PASANGAN
BARAKALLAH AIDIL & PASANGAN
Sebelum tu, nak bagi tau ni entri throwback hokey. Takkan bebulan puasa ni nak ada kenduri kahwin pulak kan. Mmmm.. Maybe ada, tapi aku tak pernah diundang lagi so far. Hekhek
Barakallah Aidil. Hat ni la dedolu suka pi gayut belakang bangunan. Hat ni la dedoulu handphone melekat ja kat tangan. Hat ni la dedolu gayut sampai tak bunyi suara. : P
Barakallahu feekum ~ Semoga bahgia sampai ke jannah.. Tahun ni ada geng raya baru... Hikhik..
Sorry ! Lambat pulak post. Nak buat cana. Acah2 sibuk dan memamg busy.
Selamat berpuasa ~~~
BARAKALLAH DWEN & PASANGAN
BARAKALLAH DWEN & PASANGAN
Assalamualaikum. Holla ~ Hi Monday ! Fever again. Sedih ! Tinggalkan cerita sedu sedan ku. Entri ni specially dedicated to Dwen dan pasangan. Barakallah. Semoga berbahagia sampai jannah, dapat anak yang comel macam aku.. Heee..
TAHNIAH SAM & TILLA
TAHNIAH SAM & TILLA // *jadi kaki gosip sat* Dengar berita ni pagi tadi, masa on the way nak pi kerja. Semalam ada terbaca caption akak Sam, Zizie Izzete, tapi tak amek port pun. Ingatkan ada drama baru ke. Hek2.
Ada 4 majlis untuk pasangan ni. 8 Feb 2016, majlis akad nikah di kediaman family Tilla di Jawi, Nibong Tebal. Majlis resepsi pulak pada keesokkan harinya, 9 Feb 2016 di Kelab Golf Bukit Jawi. Majlis pihak lelaki pada hujung minggunya dan diadakan di Hotel Mandarin Oriental, KL dan satu lagi majlis untuk peminat yang tarikhnya belum diketahui.
Maka, terjawablah segala gosip tentang mereka. Aku suka Tilla, sebab dia jenis slumber orangnya. *hasil stalk di IG* and... dia orang kampung aku... Hahahaha... Kau ingat dia kisah ? Mereka juga bakal ditaja sejumlah RM25 000 000.
NIK KAWEN DAH OIII !!!
NIK KAWEN DAH OIII !!! // Assalamualaikum. Holla ~ Entri telur masin, ikan pekasam dan seantero dengannya. Muhaha ! Bila dah terkena sampukan penyakit M, hapa pun tak boleh. Aiyark ! Sudah ! Jangan banyak membebel mak cik. Nanti kerja tak siap.
Ni cerita hujung bulan November hari tu dan dekat hujung Disember dan nak masuk tahun baru, barulah entri ni nampak rupa. Isk2. Okeylah kan dari tak dak.
Ni first time aku ke Jengka, Pahang sebenarnya. Eh ! Macam dah bagi tau ja dalam entri INI. Mungkin link dia buat hampa pening sikit kan. Tak paaa ~ Sebab masa aku nak publish entri tu, aku pening lagi banyak. Okey ! Tak lawak.
Nik dengan Dak Mie ni dah lama kenalnya. Dalam perhubungan, mestilah ada pasang surutnya kan. Semoga Nik berbahagia hendaknya bersama insan yang tersayang termasuklah Zaf. Hek2. Nikah, Sabtu malam Ahad dan kenduri pulak Ahadnya. So, kami stay di homestay dalam kampung Nik jugak. Eh ! Lupa ! Kapung Nik ni dekat Felda Ulu Jempol. Tau ? Tak tau, Google sendiri.
TAMAN MINI AIR KUBANG GAJAH, TEMERLOH
TAMAN MINI AIR KUBANG GAJAH, TEMERLOH// Assalamualaikum. Holla ~ One of our BMFA family settle down. Alhamdulillah. it's Nik. Nik nikah Sabtu malam. Tapi, Sabtu pagi lepas subuh kami dah gerak dari KL. Kami ? Yes ! Nad, Ayie, Cirah, Izan, Adik and me. Ramai kan rombongan Cik Kiah kali ni ? Heh2.
Sebab pagi Sabtu dah sampai, so Nad decided untuk singgah kat water park di Temerloh. Ups. Lupa, kali ni BMFA ke Jengka,Pahang la pulak. Nama water park ni, Taman Air Mini Kubang Gajah. Ate, dah nama Pahang, mestilah kena ada nama Gajah kan. *macam biasa, nama Nad jugak yang naik*
By the way, water park ni sangat sesuai kalau nak bawak anak-anak. So, anak-anak gadis seperti ku, amatlah tidak sesuai disni. Air dia cetek je kot. Paras peha. Adeh ! Terasa sendu disitu. Tapi, tak pe lah. Janji dapat berkubang seketika. Harga tiket nak masuk ke sini, RM10 je sekepala bagi orang dewasa dan bagi kanak-kanak 12 tahun ke bawah, RM8. Murah kan ! Jadi hampa sepatutnya dapat expect, dengan harga yang hampa bayaq tu, apa yang hampa dapat didalam tu. Tapi, worth it lah dengan harga dia.
BARAKALLAH FAEZAH & FIDZRIN
BARAKALLAH FAEZAH & FIDZRIN // Assalamualaikum. Holla ~ Hari ni misteri kehilangan seorang Zafirah akan terjawab ye. Harap bertabah mengahadap berkepin-kepin (style orang-orang tua cakap) gambar. Nasib baik, tak termasuk gambar kamera pro, kalau tak, sampai besok pun scroll tak habis.
Faezah had been my classmate, housemate, and roommate. Now, kami adalah family BMFA. And, aku sayang family BMFA. They have been part of my life. Pernah mencorakkan life yang tak berapa nak colour sangat ni, once. Macam-macam lah we went through.
Bibit perkenalan antara double F ni bermula masa.... Eh ! Tak payah nak throwback sangat lah. Aku jugak yang penat menaip nanti. Plus pengantin baru, malu. Ye ke ? Kalau tak malu, bolehlah share. Ngeh2.. This entry is dedicated to you and Rein, as normal kalau hado family BMFA yang memeterai janji ikatan hidup semati. Semoga ikatan cinta kalian, berkekalan sampai jannah. And please pray for me too ~ lalalala.. Susah senang, hadap sesame ye adik.
Kenduri telah berlangsung di Alor Gajah, Melaka. Faezah ni orang Nogori, Eh ! Melaka. Eh ! Nogori. Hee. Tak lah. Orang Melaka, kan Pekjah ? Tetamu boleh tahan ramai, lauk pauknya style kampung. Memang best lah since kat tempat lain, especially Penang, dah susah nak jumpa lauk pauk kampung. Sedap oi ! Tapi, aku makan sikit ja sebab sibuk nak bergosip.
Cerita bebanyak tak mau, tengok gambar sendiri lah.
Credit to owner of this picture. Tak tau sapa. Time ni, aku sedang bermaharaja lela di atas jalan lagi. mihmihmih
Lokasi, Klebang. Asal dulu masa aku dok sana, tak buat macam ni ? Mencik arh dengan Melaka ni. Kalau tak, mesti si Nad ajak pergi Klebang hehari. Hehhehheh.. Penat main pasir, haruslah lapaq. Apa lagi, signature dish Melaka menjadi pilihan kami pada malam tu. Asam Pedas Man Kota Laksamana. Aku suka asam pedas sini, dari dulu lagi. Entah ! Maybe kena dengan tekak aku. Tapi, Nad tak berapa suka kat sini. *Maaf Nad sebab asek nama ko je yang naik*
Nampak sesiatu yang mengujakan ? Itulah kejadian pada hari itu. Weh dak2 BMFA, esok tunjuk gambar ni kat anak cucu cicit.
Auch ! Calon ibu mithali. Aku, calon mommy solehah. Muhehe
Pening Cirah layan uncles and aunties BMFA ni.
Abang long kawasan tengah bagi command kat anak2 buah.
Cuba teka, lepas ni turn sapa pulak ? Cepat pin point. Ngeh2














































