NIK KAWEN DAH OIII !!!

8:19 AM

NIK KAWEN DAH OIII !!!


NIK KAWEN DAH OIII !!! // Assalamualaikum. Holla ~ Entri telur masin, ikan pekasam dan seantero dengannya. Muhaha ! Bila dah terkena sampukan penyakit M, hapa pun tak boleh. Aiyark ! Sudah ! Jangan banyak membebel mak cik. Nanti kerja tak siap.

Ni cerita hujung bulan November hari tu dan dekat hujung Disember dan nak masuk tahun baru, barulah entri ni nampak rupa. Isk2. Okeylah kan dari tak dak.

Ni first time aku ke Jengka, Pahang sebenarnya. Eh ! Macam dah bagi tau ja dalam entri INI. Mungkin link dia buat hampa pening sikit kan. Tak paaa ~ Sebab masa aku nak publish entri tu, aku pening lagi banyak. Okey ! Tak lawak. 

Nik dengan Dak Mie ni dah lama kenalnya. Dalam perhubungan, mestilah ada pasang surutnya kan. Semoga Nik berbahagia hendaknya bersama insan yang tersayang termasuklah Zaf. Hek2. Nikah, Sabtu malam Ahad dan kenduri pulak Ahadnya. So, kami stay di homestay dalam kampung Nik jugak. Eh ! Lupa ! Kapung Nik ni dekat Felda Ulu Jempol. Tau ? Tak tau, Google sendiri. 

Dengan persalinan serba krim, Nik nampak sangat gegurl tau malam tu. Huiyoooo ~~~ Maaf sebab kebanyakkan gambar dari posisi belakang. Dah memang kami duduk menghadap bontot pengantin, apa nak buat. Aku segan nak mencapap tepi Tok Kadi tu. Nanti dia ajak suruh aku nikah sekali, mana nak cari calon oi !


Insyirah.. setahun dak kecik ni tau.. percaya tak percaya je..








Alhamdulillah. Dengan dua kali nafas lafaz, Nik telah sah menjadi hak milik kekal Dak Mie. Auch !




Tamatlah majlis pada malam tu. Usai makan patin tempoyak yang sangat menggiurkan, kami beransur pulang. Dan esoknya, majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran family BMFA yang lain. Ada yang sempat berjumpa/ berborak/ bergosip dan ber etc, ada yang tak.





Persalinan rona biru, menjadi pilihan pengantin. Manis-manis gengster kan Nik ni. Heee. Kat sini, kenduri masih mengekalkan istilah rewang. Best oo walaupun aku datang makan je. Mihmihmih.


Cap ayah dan anak
Cap kerbau dan Insyirah. Upss ~

Alhamdulillah. Tamat jugak entri khas untuk Nik Nur Atiqah dan pasangannya Muhd Azmi bin Katan *macam salah ja eja..mahap !* Semoga ikatan yang terjalin kekal selamanya. Semoga yang baik-baik sahaja untuk kalian.

Oh ! Seminggu selepas Nik telah disahkan menjadi hak Dak Mie, ayah Nik, arwah pak cik Nik Zainun, telah pulang ke rahmatullah. Semoga Allah merahmati ke atas roh Pok Nik. Jom sedekah Fatihah untuk arwah Pok Nik.

You Might Also Like

7 comments

  1. tahniah buat semua pengatin semoga berbahagia dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat pengantin.. semoga berbahagia hingga ke Jannah...

    ReplyDelete
  3. tahniahhhhh moga kekal hingga syurga. dugaannya lepas seminggu nikah ayah pulak meninggal. besar dugaan tu

    ReplyDelete
  4. Tahniah buat pgntin moga brbahagia hingga ke jannah amin

    ReplyDelete
  5. awat pendek bebenor?..kisah horror xxnk citer ke?hihihi

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored