MOVIE REVIEW .:. USOP WILCHA MENGHONJANG MAKHLUK MUZIUM

4:41 PM

MOVIE REVIEW .:. USOP WILCHA MENGHONJANG MAKHLUK MUZIUM


MOVIE REVIEW .:. USOP WILCHA MENGHONJANG MAKHLUK MUZIUM // Dah lama sebenarnya tak ke wayang. Tak de geng. Tak de teman. Tak bertemen. Aku bukan jenis pesen yang tak kisah kalau keluar sensorang. Rasa tak best je jalan sorang. Tak de geng aku nak pot pet pot pet. Terkadang tu aku buat jugak. Kalau bebetul memerlukan. Tapi, idaklah ke wayang ye,

Oh ! By the way, cerita ni macam dah lama, cuma aku ja yang baru berkesempatan nak tengok. Biasalah kalau cerita berkisar tentang Usop Wilcha, mestilah loghat nya pun loghat Perak. Berikut adalah sinopsis cerita ini, bagi sesiapa yang sepesen dengan aku, yang belum berkesempatan untuk menyaksikan filem Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium. Jadi, bolehlah hampa consider kalau-kalau nak tengok filem Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium ni.



Filem arahan Mamat Khalid ini mengisahkan tentang pihak sebuah muzium yang menganjurkan pameran hantu-hantu dunia dalam usaha menarik orang ramai kembali datang ke muzium. Penganjuran pameran hantu dunia ini tanpa disedari dirancang oleh pihak tertentu dalam usaha untuk menghidupkan Count Dracula. Kehidupan abadi yang diinginkan oleh Dracula ini pasti akan menyebabkan keadaan negara menjadi huru-hara. Bagaimanapun, rancangan licik kumpulan ini disedari oleh patung-patung tokoh lama yang mempunyai semangat untuk memastikan rancangan ini gagal. Perak Man, Sultan Melaka, Bendahara Tun Perpatih Putih, Datuk Maharaja Lela bersama Si Putum terpaksa berkomunikasi dengan orang luar yang mereka boleh percayai bagi menggagalkan rancangan jahat kumpulan itu.

Hehe. Terasa macam duduk di zaman Kesultanan Melaka pulak bila menonton filem Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium ni. Ye lah ! Dengan adanya watak-watak seperti Perak Man, Sultan Melaka, Bendahara Tun Perpatih Putih, Datuk Maharaja Lela dan yang lelain, terasa seperti mengimbau ke zaman kgemilangan dahulu. Argh ! Kalau cerita dengan budak Sejarah ni, memang ! Aku memang peminat tegar subjek Sejarah. Hek2. Rare kan aku ?

Watak-watak zeman Kegemilangan Melayu Melaka. Credit


Bagi aku, cerita Mamat Khalid memang selalu ada maksudnya yang tersendiri. Cuma perasan dengan tak perasan ja apa yang cuba disampaikan. Cerita yang kira boleh layan, ada humor dia yang tersendiri.

You Might Also Like

9 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored