TEMPAT MAKAN BEST : JJCM MUTIARA BONDA, AUTOCITY JURU, PENANG

8:30 AM

TEMPAT MAKAN BEST : JJCM MUTIARA BONDA, AUTOCITY JURU, PENANG


TEMPAT MAKAN BEST : JJCM MUTIARA BONDA, AUTOCITY JURU, PENANG // Assalamualaikum. Holla ~ Pada pagi kejadian ni, telah diberi kesempatan untuk me"review" butik Malvita. Tapi, hat tu kena tunggu dalam entri yang lain na. Mana boleh sekali harung. Aiyayaya !

Restoran Mutiara Bonda ni mendapat nama sempena masakan yang dimasak ala2 orang tua2/ orang dulu2 yang dipanggil ibu/ bonda. Haaa. Gittew ~ Seba tu masakan kat sini, ada rasa macam makan kat rumah. Selain itu, Restoran Mutiara Bonda ni ada 2 team memasak yakni team untuk masakan kampung dan team untuk masakan ala Thai. So, hampa boleh lah pilih nak masakan style kat rumah or masakan style dok kat Siam. 

Disebabkan namanya Restoran Mutiara Bonda, maka kami telah diberi peluang untuk merasa kan nikmat masakan seumpama dirumah, iaitu Set Bonda yang boleh dimakan oleh 9-10 orang. Sebelum cerita pasal makanan dan cerita lebih lanjut, meh berkenalan sikit dengan Restoran Mutiara Bonda ni.





Tempat makannya terdiri daripada dua bahagian, open air and close air tempat berhawa dingin. Kalau tengah hari rembang, lebih selesa duduk di tempat yang berhawa dingin. Kalau memalam, open air lagi selesa kot kan. Ikut hampalah ! Hampa yang nak makan.

Open air


Antara menu yang dihidangkan



Kalau agak cari tak jumpa, ni aku bagi pemuda petua. Hampa nampak benda alah ni, Restoran Mutiara Bonda ni ada belakang benda alah ni lah. Ingat ni ye! Buatkan sebagai landmark hampa.




Tempat beradam hawa dingin





Untuk Set Bonda tadi, hidangan yang disediakan adalah seperti berikut.

Udang masak merah *sila lap ailior yang berjejeh itu*

Telur bistik
Siakap 3 rasa
Kerabu mangga
Ayam kampung goreng *yang diberikan secara FOC*


Sementara menantikan menu utama untuk dihidangkan. Tengok ni dah terasa lapaq balik. Adeh la mata ! Adeh la perut ! Aku tidak bertanggungjawab atas air liur yang berjejeh itu. Sila lap sendiri dan terus shoot ke Restoran Mutiara Bonda ye.


Turut disediakan, ulam-ulaman dan sambal belacan

Sotong goreng tepung
Kailan ikan masin
Main course : Kari kepala ikan berasap


Sila jangan cabar kehebatan camera ini kerana itu memang betul terbukti. Itu asap dari kari kepala ikan Restoran Mutiara Bonda.



Masakan kat sini memang terasa macam masakan dekat rumah yang telah dimasak oleh bonda/ ibu. Dengan kehadiran ulam-ulaman dan sambal belacan lagilah rasa macam nak tambah berpinggan-pinggan.

Selain daripada walk in terus ke Restoran Mutiara Bonda ni, delivery juga boleh dibuat untuk kawasan sekitar Seberang Perai dan Seberang Jaya. Kena buat temapahan online tau. Nah ! Boleh order kat Restoran Mutiara Bonda. Ni details untuk delivery nye.


Delivery Hours: 
Mon-Sat: 11:00-11:45; 14:00-21:00
Close on Sun
Estimate delivery time: Within 1 hour
Coverage areas: 13600 13700 13400 14000









Selesai dengan jayanya. Credit to Kak El untuk info dan jemputan. Alamat dan location adalah seperti berikut.

1797-G-09, Kompleks Autoworld, Jalan Perusahaan, Juru Interchange, 13600 Perai, Pulau Pinang Tel: 04-502 5677

Waktu Beroperasi
1130H sehingga 2200H dan ditutup pada hari Ahad




Terima kasih kepada staf Restoran Mutiara Bonda dan terutamanya pengurus restoran ni, Puan Azama kerana telah melayan kerenah kami serta menghidangkan makanan yang mabeles. Umph ! Terima kasih jugak untuk Team Projek Blogger Utara atas undangan makan tengah hari ni.

You Might Also Like

11 comments

  1. wah..nampak best.
    kena cuba ni..tapi jauhla nak pergi.
    jom tukar link blog...
    http://www.kembaraminda7.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... nanti kalau berkesempatan ke Penang, bolehla singgah...

      tukar link blog ..? jom... ^_^

      Delete
  2. Sedap sangat makanan nampaknya..
    Best kalau ada blog2 yang review pasal food. Kalau terpergi tempat tu, tau dah mana nak makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan kan... bebajet dah tahu apa yang best kat situ... hik2

      tak de lah nampak kekok sangat...

      Delete
  3. sedapnyaaa zaf masih terbayang kari kepala ikan yg berasap. hehehe

    ReplyDelete
  4. Boleh mark dalam buku nie.. Manalah tau nanti2 terpergi area utara, adalah tempat nak dituju..
    Tambah2 bila dok nengok kari kepala ikan yang berasap-asap tuh...
    meleleh air liur oi....

    ReplyDelete
  5. 2012 jenjalan ke area sini tp ddk dlm kete je x tau sama ada nk sggh atau x sbb x nmpk tmpt2 yg best heheheh

    ReplyDelete
  6. sedap sedap nanti kalau bawak family jalan penang boleh singgah sana pulak. harga pun mcm berpatutan je

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored