IT'S WEIRD BUT IT'S HAPPENING

1:29 PM

IT'S WEIRD BUT IT'S HAPPENING


IT'S WEIRD BUT IT'S HAPPENING // Assalamualaikum. Holla ~ Lately banyak betul cerita mahupun kisah sedih yang kita baca mahupun dengar. Berturut-turut pulak tu kan. Itu belum cerita yang terjadi dalam hdup kita lagi. Haih ! Ujian mematangkan. Tapi, amat terkesan dengan sesuatu yang berlaku dalam hidup ni serta segelintir lagi hambaNya.

Tak tahu lah adakah orang lain merasai apa yang aku rasa. Atau hanya sekdar aku yang merasainya. Tapi, iya ! Sikit sebanyak warna hidupku berubah. Bukan ini yang dirancangkan, bukan ini yang dipinta, bagi semua. Tapi, andainya, itu yang terbaik, lepaskanlah. Namun, masih terdetik dalam hati ni, yang semua akan kembali pulih. Seperti zaman indahnya bercinta.



Walau jauh, terasa dekat. Yang dekat, lagilah terasa rapat. Terasa memiliki sesuatu yang tak pernah aku miliki dahulu. Namun kini, semuanya sunyi. Sepi. Tiada lagi kidungmu. Walau sering kali dia masih utuh dengan perangainya yang degil, tapi aku rindu saat ketika dia kerap membuat haluan dia.

Mungkinkah aku yang bersalah ? Kenapa aku jugak terasa akan tamparannya ? Sedangkan aku tidak tahu menahu hal itu. Argh ! Dah orang tak sudi, takkan lah nak melukut di tepian gantang kan. Tapi, iya. Aku terasa. Terasa dengan semuanya. Biarlah hati berbicara sendiri, dan jari menari-nari. Andai itu definasi kebahagiaan buat kalian, aku relakan.

Terima kasih atas masa yang pernah dikongsikan bersama. Terima kasih diatas ayat-ayat cinta yang buat aku sentiasa diawang-awangan. Terima kasih atas kasih sayang yang pernah hinggap di atas kanvas hidup ini. Andai aku bersalah, sepuluh jari aku hulurkan, maafkanlah aku. Aku hanya insan biasa yang kadang terlepas pandang atas sesuatu. Tapi, percayalah dalam hati ni mahupun jiwa tak berapa kental ini, tak pernah ada sekelumit rasa untuk menidakkan sesuatu yang hak.

Andai definasi bahagia itu milik kalian, berbahagialah, walau aku hanya melihat dari jauh.

You Might Also Like

6 comments

  1. tular, "naper mengharap padi seberang, padi kat mesia pon banyak uoolss.," bertabahlah cik siti tuuuu., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Padi kat mesia ni lambat nau masaknya... tak larat tunggu... adehhh

      Delete
  2. sabar ye Firah..mgkin Allah nak beri yg lebih baik..in shaa allah

    ReplyDelete
  3. sabar ya zaf insyaAllah yang lebih baik nanti

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored