TEMPAT MAKAN BEST .:. JJCM NASI GANJA IPOH, JALAN YONG KALSOM

8:17 AM

TEMPAT MAKAN BEST .:. JJCM NASI GANJA IPOH, JALAN YONG KALSOM



NASI GANJA IPOH, JALAN YONG KALSOM // Assalamualaikum. Holla ~ Entri peram buat jeruk. Hari tu kan pi Ipoh and adik tersangatlah nak food hunting. So, dia cakap alang2 dah samapi Ipoh, nak sangatlah mencuba Nasi Ganja yang tersangatlah heboh dan terkenal di Ipoh. Ate, selepas di Google, dia jumpa kedai ni.







Keadaan pada waktu tu hujan renyai2. Namun tidak mematahkan semangat orang untuk datang ke kedai itu dan merasai kesedapan Nasi Ganja tu. Memang ramai gilalah orang yang beratur time tu. Since tak dak parking, adik kena pi beratoq dululah while the rest cari parking. Agak jauh jugak lokasi parking ke kedai itu. Dah penuh, redha je lah.

Memang pack gila orang kat dalam kedai tu. As usual, walaupun ia adalah nasi mamak namun ianya terletak dalam kedai kopi Cina. Bagi yang tak minum air di kedai-kedai seperti itu, siapkan lah air anda ataupun anda boleh tahan diri dari minum sehingga usai makan. Then, baru pi beli air kat 7 E mungkin.

 


Memang akan sentiasa ada orang yang menunggu meja untuk duduk pulak selepas anda. Jadi, silalah consider sikit dekat orang lain ye. Selepas makan, cepat-cepatlah angkat kaki serta bontot anda dan memberikan laluan kepada pelanggan yang lain untuk menikmati hidangan mereka juga,

Ni rupa Nasi Ganja tu. Bagi adik, ibu dan aku, ini kali pertama dan terakhir kami merasai Nasi Ganja ni. Bagi kami, nasi kandar Pelita Chai Leng Park lebih mengenai selera tekak kami. Boleh dikatakan, nasi ni biasa-biasa sahaja. Namun, biasalah. Tekak kita mungkin tidak sama. Kalau tidak, masakan kedai tu, full of house, beratur panjang kan !




Tak salah mencuba, tak rugi mencuba. Argh ! Give it a try ! Jangan taku mencuba. Nag, aku kongsikan lokasi kedai Nasi Ganja ni ye. Moga membantu anda dalam misi food hunting. Lokasi kedai yang berada di tepi jalan besar, memang mudah untuk dicari.


You Might Also Like

28 comments

  1. yui yg dok ipoh ni pun xsuka nasii gnja ni..huhuh.. xtaulah apa bestnya.. lain org lain tekak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. tekak kita sama.. ada tempat lain yang best tak yui?

      Delete
    2. Kak Yui eeh =P
      suggest la tempat makan best2 kat Ipoh tu..

      Delete
    3. Hehehe... Boleh food hunting dengan bantuan yui

      Delete
  2. adoiii nak kena cuba juga.........

    ReplyDelete
  3. hari tu dah sampai area ni tapi dah malam....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti....nak kena tanya zaf la hehhe

      Delete
    2. hahaha.. tak tau laa... tak sempat nak tanya..

      orang ramai sangat....

      Delete
  4. wow nama kan mainnn... kak ana pun tak pernah try test cuba lagi makan sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. mungkin sebab tu orang datang berualang kali.. sebab dia letak tettt.. hahaha

      Delete
  5. nasi ganja ni blum try
    tp ganja dah try
    hahahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiyoooo Kak El ! extreme nya.... sedap tak ? ngeh2

      Delete
  6. cik en pernah sekali makan.. walaupun dok ipoh, cik en lebih suka nasi waggey kt pekan lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhh ! okey ! nanti boleh try kat sana....

      Thank you Cik EN ~

      Delete
  7. Tak pernah try lagi..ramai geng dah cuba..depa kata sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat pi try CP... nanti boleh bukak cawangan kat SP.. hehe

      Delete
  8. jd rakyat ipoh 3 thn wajib makan sini.. hahaha
    rindu IPOH !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi bekas rakyat ipoh.. Memang sedap ea ke rasa dah lain sekarang?

      Delete
  9. alaaa ritu pegi takdan cari nasi ganja.. tapi sama ke ngan vanggey ? kot sama tpi nama lain2..
    jom awak kita p sana JJCM lagi ngeh2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure lah tu.. Vanggey pown feymes jugak an di ipoh..

      Jom jjcm...

      Delete
  10. akak xpernah cuba..kalau ke Ipoh selalu belasah nasi Vanggey jaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi vanggey tu sedap tak kak? Mana best ngan sungai tiram?

      Delete
  11. Memang famous tapi x pernah makan pun..

    ReplyDelete
  12. Baru hari ni sya pi cuba makan. Itupun sbb kebanyakkn blogger mgatakan nasi ni paling famous dan patut di cuba sekiranya berada d ipoh.

    Sama spti anda. Saya rasa ini adalah kali pertama dan terakhir mai sini. Tak tahu apa yg sedap sangat. Kuah ayam dia mmng pekat kaw..kaw. tapi agak pedas. Lagipun kedainya kotor. Yang hairan, org ramai dtg dan bersungguh2 menikmatinya. Adeh..

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored