Assalamualaikum. Holla ~
Dah masuk Ogos dah pun, tapi MZ maasih mahu memuat naik entri ini. Entri ini ialah sebuah entri yang ditujukan kepada Nina, si gadis genis berjaket jeans biru. Sebenarnya, hari lahir Nina ialah pada bulan Julai, tapi disebabkan MZ dihurungi sifat malas, maka entri ini lambat dimuat naik.
.
Sambutan hari lahir Nina diadakan di sebuah restoran bernama Resto Pagar Buluh, Sungai Ara. Restoran ini mempunyai konsep yang menarik dan sesuai untuk makan bersama keluarga mahupun bersama kawan-kawan.
Jom tengok gambar sepanjang kami berada di Resto Pagar Buluh tu... tema sambutan hari lahir Nina pada tahun ini ialah unicorn...



