Assalamualaikum. Holla ~
Untuk oqhang Penang dan sekitarnya, ni MZ nak kongsikan satu lagi info berguna untuk hampa. Pada 8-July-2017, yakni hari Sabtu ni, sekitar Jalan Masjid Kapitan Keling, Lebuh Buckhingam dan Jalan Kampung Kolam akan ditutup dari jam 7 pagi sehinggalah 11.59 malam.
Hal ini adalah disebabkan bersempena dengan sambutan Georgetown sebagai Bandar Warisan. Jadi, bagi pengguna jalan-jalan tersebut, sila cari alternatif lain ye. Kalau tak, bolehlah membuat pusingan maut yang lebih jauh.


