Assalamualaikum. Holla ~
Hujung minggu MZ biasanya memang penuh, nak-nak kalau MZ pulang ke kampung Mr.H. MZ suka kalau balik ke kampung Mr.H sebab.... antaranya, masa hujung minggu sentiasa dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang best ! hahahaha...
Biasanya, kalau balik kampung, ada lah kerjanya. Ada lah plan adik ipaq MZ untuk aktiviti-aktivit menarik. Syok la kita pun. Plan untuk ke Danok ni, dah lama sebenarnya. Dah lama sebelum ianya benar-benar direalisasikan.
Dari Kangar kami menuju ke Bukit Kayu Hitam dengan menaiki kereta. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam. Suka diingatkan yang kalau nak ke seberang sana, kenalah ada passport. Untuk rakyat Perlis dan Kedah, depa boleh membuat border pass di Jabatan Imigresen. Macam adik ipaq MZ dan sepupunya. Maka, MZ sorang jelah yang berpassport.


