Sembang gegurl .:. Hello Kitty Hand Cream by Guardian

8:30 AM

Sembang gegurl .:. Hello Kitty Hand Cream by Guardian


Sembang gegurl .:. Hello Kitty Hand Cream by Guardiann


Pernah tak tengok Hello Kitty Hand Cream comel ? Tak pernah ea ? Aku dapat Hello Kitty Hand Cream ni masa sesi merambat My Happy Bag by Guardian tahun lepas. Boleh baca dekat SINI na. Tunggu promotion tahun ni pulak ye. Tengok, sempat or tak sempat nak rembat My Happy Bag ni.

Aku kan dah banyak kali cakap yang kulit aku ni sejenis kulit kering. So, dekat office memang aku ada spare lotion. Normally aku akan pakai bila tangan aku ada menunjukkan tanda-tanda pengeringan. Kalau tak dak tanda-tanda tu, aku tak pakai pun. Malas jugak. Kalau dah kering, sakit pulak mata aku tengok, tu yang pakai lotion tu. Prevent is better than cure.

Ni first day guna, first time guna, first time bukak seal Hello Kitty Hand Cream ni. Comel ja. Masuk dalam handbag pun comel. Tapi, aku selalu tinggal kat office ja. Aku letak atas meja, ada portion yang aku sediakan untuk all the stuff. First time guna, dah jatuh cinta. Keep on reading kalau nak tahu kenapa aku jatuh cinta lagi.

Ni rupa Hello Kitty Hand Cream tu. Kalau korang perasan, alur jari tengah aku tu berbeza sikit dari alur jari telunjuk dan jari manis. Tu terjadi, masa aku menghidap eczema yang teruk dulu. Sampai kulit jadi macam tu dan mudah kering. Aku pakai benda alah ni semua, sebab nak support dialah. Tak mau bagi dia merajuk macam dedolu. Teruk hoi !




Tak oily kan ? Elok je seketoi kat situ. Tak de nak meleleh-leleh bagai. Tu one of the reason kenapa aku suka Hello Kitty Hand Cream ni. Kira kalau lepas letak atas tapak tangan, then nak delay sat pun, tak de masalah. Tak de nak meleleh bagai.

Selain itu, Hello Kitty Hand Cream ni adalah sejenis hand cream yang mudah / cepat kering. Fast absorb. Kira, kau tak payah nak tunggu lelama sampai dia kering. Masa kau tengah meratakan Hello Kitty Hand Cream ni kat permukaan tapak tangan dan belakang tapak tangan, dia dah start dry. Sangat cepat. Tak payah tunggu lelama, yang tu yang aku suka. Siap ratakan kat seluruh tapak tangan, dah boleh start buat kerja. Cepat kan ?

Bau dia pun best ! Bau macam banana. Ahaaa. Lembut tau. Kau dapat bayangkan tak, esen pisang dok kat tangan kau. Geram hoi ! Rasa nak makan je. Nasib baik aku belum lapar tahap gaban. Kalau tak, memang siaplah Hello Kitty Hand Cream ni. Muhaha

Cakap bebanyak tak guna. Meh tengok rupa Hello Kitty Hand Cream ni. Kot terpesona and nak beli jugak. Boleh cari dekat Guardian sebab custom made for them. So, kalau cari kat tempat lain, rasanya memang tak jumpa lah ye. 





Untuk 30ml Hello Kitty Hand Cream ni, aku tak sure pulak berapa harga dia since aku dapat dari My Happy Bag tu. Korang sendirilah ye yang riki berapa harga Hello Kitty Hand Cream ni. Nanti share with me. ^_^ Selamat mencuba.

You Might Also Like

10 comments

  1. comelnye kirm ni :)

    nak ajak join segmen saya ni.
    http://www.kasihjuju.com/2016/03/blogwalking-segment-by-kasihjujucom.html

    jemput join ye :)

    ReplyDelete
  2. bau pisang? letak dalam pancake oke kot.. :P jk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau terdesak, boleh je pinjam kejap.. tak de masalah.. :P

      Delete
  3. comelnya hello kitty... macam zaf gak tomei lote' hihi :)

    ReplyDelete
  4. Tapi awat warna biru.. mana pi warna pink , hello kitty punya trademerk.. ni tak bole jadi ni..

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored