BISKUT CIP COKLAT

3:00 PM

BISKUT CIP COKLAT


BISKUT CIP COKLAT


Assalamualaikum. Holla ~ Coklat lagi.. Kenapa  asyik coklat je ni ? Sebab aku suka rasa coklat lah. Sedap ape. Tak ea ?? Ikutlah tekak memasing.

Biskut Cip Coklat pun antara biskut yang wajib ada kat rumah aku untuk beberapa tahun ni. Kenapa aku tak move on kepada biskut yang lebih trending ? Sebabnya, nanti kalau try biskut yang baru, orang dalam rumah ni tak berapa suka, mulalah jualan tak berapa laku. Sapa yang nak kena habiskan ? Kalau bukan aku, mestilah tong sampah kan ? 

So, buatlah biskut yang laku keras kat rumah ni. Tapi, tiap tahun aku ada selit jugak satu jenis biskut yang baru. Barulah ada kelainan sikit. Kan ? Tapi, untuk tahun ni, nantikan update resepinya. Mihmihmih


Jom intai resepi Biskut Cip Coklat ni.

Biskut Cip Coklat

Bahan-bahan
250gm tepung gandum
150gm mentega
100gm gula aising
60gm tepung kastard
10gm serbuk koko
10gm susu tepung
1 biji kuning telur
1 sudu teh serbuk penaik
Cip coklat secukupnya (sebagai hiasan)

Cara-cara
Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang dan gebu
Masukkan telur dan kacau sehingga rata
Masukkan tepung gandum dan tepung kastard sikit demi sikit 
Uli sehingga adunan menjadi sebati
Campurkan serbuk penaik, susu tepung dan serbuk koko
Gaul sehingga sebati
Uli adunan sehingga menjadi Doh
Canaikan doh dan terapkan menggunakan acuan yang disukai
(sebab aku malas, aku tekan guna sudu, sebab tu tepi-tepi dia pecah)
Bakar pada 18 C selama 25 minit.


Final product.....



You Might Also Like

7 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored