CABAI KERING .:. STEAMBOT & GRILL
9:29 AMCABAI KERING .:. STEAMBOT & GRILL
CABAI KERING .:. STEAMBOT & GRILL
Assalamualaikum. Holla ~ Baca tajuk bebetul ye. Sebarang kesalahan pembacaan adalah atas risiko sendiri.
Sapa sini suka makan steambot ? Grill ? Selalu makan kat mana ye ? Haaaa.. Kalau belah utara, especially Penang, aku ada satu port baik punya untuk parking bontot dan perut anda dengan makanan yang berkonsepkan steambot dan grill. Haruslah di Cabai Kering, Steambot & Grill. Nak tahu lokasi dia ? Haaaa.. Boleh tengok kat bawah.
Dah tahu lokasi, meh kita tengok pulak apa yang ada. Ehh !
Aku baru teringat, disebabkan tahap keterujaan to the max, gambar makanan semua aku tak amek. Tapi, apa yang aku ingat memang banyak sangat variety kat situ. Kalau pilih untuk makan steambot dan grill, set yang disediakan termasuk sekali dengan nasi tau. Dan tidak dilupakan ikan siakap. Boleh pilih nak ikan siakap tu dimasak dengan cara yang bagaimana. Hari tu, aku pilih ikan siakap sweet and sour.
Selain daripada tu, ada juga menu-menu lain. Goreng-goreng pun hado. Pada waktu kejadian, memang ramai gilos orang. Full of house !
Dari segi variety makanan, memang banyak. Pelbagai jenis mee, bihun untuk dijadikan menu untuk steambot. Sayur-sayuran pun banyak. Ada ketam, pelbagai jenis seafood seperti lala dan sebagainya.
Kuah yang disediakan pulak, kuah tomyam. Tapi, jangan risau sebab kuah tomyam nya memang tak pedas dan sedap. Campur pulak dengan manis dari seafodd, memang terbaiklah. Kenyang lah makan malam tu. Satu kepala termasuk GST lebih kurang RM23 kalau tak silap. *ingat2 lupa*
Tapi, air adalah dikira secara berasingan. Begitu juga dengan side order yang lain. Malam tu punya penuh, sampai ais kiub pun habis. Dasyat !!!
So, kalau teringin nak makan steambot dan grill, bolehlah singgah di Cabai Kering ni. Owner dia pun sangatlah baik hati dan peramah.
15 comments
Oh really ? omg 3 tahun dudk sana taktau pulak ada kedai ni. Baru bukak ke ?
ReplyDeleteTak baru lah Ain.. lama dah.. mesti Ain tak perasan sebab nampak jeruk je kan.. hikhik
Deletesdpnya.. lama xmkn steamboat cmni.
ReplyDeletehehehe.. sedap jugak steambot dia.. meh la turun Penang...
Deletesedapnyer zaf..lapor lapor laporrr
ReplyDeletezaf yang sedap ? jangan laaaaa
DeleteNama dia mengancam.. kikikiki..
ReplyDeletemmg teringin nak pi sini..tgklah caner
ReplyDeletetetiba rasa lapar.. hahaha..
ReplyDeleteLorr nama tmpt rupenye. Hehe
ReplyDeleteAsben akk suka mkn steamboat.
Nama kedai tu menarik sungguh..
ReplyDeleteBalik kg bole test ni.. nampak menarik..
ReplyDeleteasben akak suka kuah tomyam dia...sedap...pedas smua cukup
ReplyDeleteMesti pedas sangat ni
ReplyDeletepernah makan skali sini.. tapi time tu RM25 masa tu tu termasuk semua skali..
ReplyDeleteskarang da lain kot.. dulu pi tahun lepas kot..
Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^