FROM KLIA2 KE KLIA

10:30 AM

FROM KLIA2 KE KLIA


FROM KLIA2 KE KLIA


*iklan*

Kaki traveller, mohon jangan bash saya. Entri ni untuk orang noob dan perlukan informasi berguna sepertimana saya pada hari kejadian.

Assalamualaikum. Holla ~

Balik dari kenduri Seha, aku decided untuk naik flight je, cepat sikit and tak penat sangat. Kenapa aku tak naik ETS ? Sebab aku rasa tiket fligt and tiket ETS lebih kurang je harga dia, tapi naik flight cepat sikit sampainye. Bangsa tak penyabar macam aku ni memang semua nak cepat. *muhahaha*

Malindo Air menjadi pilihan hati time tu. Dikdik hantar kat KL Sentral je, tapi sebelum tu kami bekpes dulu. Dai KL Sentral nak ke KLIA2, aku pilih untuk naik bus je. Bus dari KL Sentral ke KLIA2 berharga RM11 dan kalau rasa nak cepat sikit bolelah pilih untuk menaiki ERL, tiket berharga RM3+.++ .


Perjalanan dari KL Sentral ke KLIA2 mengambil masa selama sejam, aku tido je time ni sebab bosan. *padahal memang kuat tido* Sampai je kat KLIA2 terus aku menuju ke kaunter check in tanpa teringat langsung yang KLIA2 hanyalah untuk penerbangan Air Asia. So, korang jangan buat silap macam aku ye. T_T

Dah kalut2 macam tu, terus call Dikdik. Her first question is, "hang tinggai apa pulak?" Pfttt.. Nampak sangat aku selalu tinggal barang kan. And yes, my shades tertinggal dalam kereta dia. And happy for that. T_T

Malas nak cakap lelama, aku shoot to the point and she answered, she's not sure and she asked me to ask the auxiliary police. Sebab aku tengok abam2 auxiliary tu handsome sangat, niat terbantut. Nasib lah jumpa information counter. The lady dekat information counter bagi direction.

Untuk ke KLIA dari KLIA2, kena turun ke Level 1, and kat situ nanti korang akan nampak kaunter tiket untuk transit ni. Sebab dah kalut jugak, aku berenti tanya kat security guard lagi sekali sebelum aku turun ke Level 1. Marathon ? Yes !

Sampai kat kaunter tiket, ada schecule untuk transit ni. So, next ERL lebih kurang 10 minit dari waktu aku sampai kat kaunter tu. Tiket ERL dari KLIA2 ke KLIA, berharga RM2.




Macam ni lah rupa tiketnya. Untuk menaiki ERL tu, korang kena turun lagi satu level ke bawah, and right in front of the escalator ada ruang menunggu. Phew !

Tak lama lepas tu, ERL tu pun sampai. Agak ramai jugak manusia masa tu and some of them kena berdiri, atas sebab aku mempunyai kuasa veto, aku berjaya duduk.




How does the ERL looks. Perjalanan dari KLIA2 ke KLIA mengambil masa lebih kurang 10 -15 minit. Sampai je kat KLIA, sekali lagi aku marathon sebab nak check in. Pusing punya pusing nak cari kaunter yang tak ramai, Q lah dekat satu kaunter yang ada berapa kerat je manusia. And then, baru perasan, aku tengah Q untuk flight Emirates. Dah bila pulak aku nak naik Emirates ni, Emirates ni stok-stok hujung ekor mata aku je.*muhahaha*

Ramai jugak orang hari tu, haih ! Semuanya dengan luggage, aku je dengan back pack. Lepas check in, ke toilet pulak. Nak melabur saham masa hadapan, lepas tu ke surau. Dah kalau marathon, heat dalam badan memang lah takkan turun dengan cepat, dengan berpeluh bagai. Apu pun duduk relax sambil menganginkan muka. Bajet-bajet awal lagi. Lepas solat, baru aku sedar, aku dah lewat. Marathon lagi oi ! Dah la Gate 11, gate last. Rasa nak menangis pun ada dan bila terlampau memaksa kaki untuk bergerak pada kelajuan maksimum, dia mulalah nak cramp. Aku malas layan, janji aku sempat sampai kat Gate 11 tu.

Masa atas escalator dari Gate 4, aku ingatkan boleh menarik nafas lega dah. Baru perasan, ada couple nun kat hujung escalator sedang berlari anak-anak menuju ke Gate 11. Haiyak ! Ni tak boleh jadi, aku meneruskan marathon tak hengat walaupun di atas escalator. Sampai je kat Gate 11 tu, semua penumpang sudah menaiki pesawat, kecuali aku dan pasangan couple tadi yang aku rasa bukan warganegara Malaysia berdasarkan pemerhatian aku ke atas passport mereka.

Nasib baik lah adik manis yang jaga gate tu baik hati and still lepaskan kitorang untuk menaiki pesawat. Kalau tak, menangis tak berlagu aku kat situ. 

Nak pulak dapat seat F, seat paling dalam. Ada sepasang couple China (uncle and auntie) duduk kat seat D dan E, terpaksalah derang keluar dulu untuk memberikan aku peluang untuk masuk. Part paling touching bila uncle tu tolong amekkan aku air dan lepas air tu habis, uncle tu amekkan gelas dari tangan aku yang masa tu aku tengah khusyuk main game kat kerusi depan. *touched*

Nak dijadikan cerita, beberapa minit jugak lah aku cuba menenangkan diri sebelum boleh main game tu. Penat marathon sampaikan blusher original tak hilang even aku dah selamat sampai Penang. Nah, aku belanja gambar sebelum dan selepas. Gambar pertama tu masa aku masih dekat Nu Sentral, gambar kedua masa kat dalam ERL menuju ke KLIA dan gambar berikutnya setelah aku berjaya landing dalam pesawat Malindo Air OD 2108. Still with muka cungap-cungap.








Kemain merah blusher original mak ngah kan. Haih !

You Might Also Like

5 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored