REVIEW PENANG RED TOM YUM GOONG

8:46 AM

REVIEW PENANG RED TOM YUM GOONG


REVIEW PENANG RED TOM YUM GOONG


Assalamualaikum. Holla ~

Red tom yum goong... Sapa suka tomyam ? Tomyam merah ka tomyam putih ? Err... Aku main bedal je merah ke putih ka janji tomyam. Kalau sedap, terangkat, kalau tak sedap terangkat kaki. Eh !

Haaa.. Since bebaru ni ada Thai Festival kat Georgetown, sapa ada pi ? Best tak makanan Thai kat situ ? Makan ape je ? Share lah sikit. Aku tak pi pun, aku pi Seberang Perai Fiesta ja, ada Food Mega.. Kihkihkih

Tak dapat rasa tomyam Thai kat Thai Festival macam aku ? Okey.. Tak pe.. Boleh try Tom Yum Goong Merah ni. Yang ni aku beli kat Giant Hypermarket. So, boleh cari Tom Yum Goong Merah ni kat sana ye, kat tempat lain aku tak sure pulak sebab tak pi buat survey.

Memang warna dia merah seperti namanya. Kalau orang yang ta makan pedas, tengok warna pun dah takut. Rasa apatah lagi. Heee






Ada jugak pilihan lain selain daripada Tom Yum Goong Merah ni. Ada Penang White Curry dan  jugak Penang Hokkien Prawn, and both aku tak pernah rasa lagi. 



Untuk membuatkan rice vermicelli (baca jugak sebagai bihun) tersebut menjadi Tom Yum Goong Merah, ni adalah antara rencahnya. Siap dengan spoon and fork, so easier to eat anywhere and anytime. Boleh buat stok time terdesak tapi bukan time untuk ponteng pose tau. 


Ehh ! Aku rasa aku ada amek gambar bihun setelah siap disebatikan dengan rencahnya. Scroll naik, scroll turun, tak dak pulak. Adeh ! Maaf ye. Kesilapan teknikal. Tak pelah. Baca je lah review jujur dari aku tanpa gambar Tom Yum Goong Merah ni.

Untuk tekak aku, Tom Yum Goong Merah ni memang sedap. Pedas ! Berapi ! Segala yang diperlukan untuk membuat tomyam memang ada dalam ni. Memang melekat dan padu ditekak. Ni kalau kat rumah, boleh tambah isi lain macam udang, ayam dan sebagainya. Since makan kat ofis, tak delah isi lain tu.

Tapi, overall, memang berpuas hati dengan Tom Yum Goong Merah ni. Memang sedap tak hengat. Aku ada bagi akak tu rasa kuahnya, dia pun cakap sedap gilos. For sure repeatable ! Aku pulak memang suka makan bihun dengan tomyam instead of kuey teow or mee. Tapi, selalu sangat tak boleh la.. Process food kan, not good for your healthy.

Till then ! See ya ~

You Might Also Like

5 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored