REVIEW DIM SUM HALAL, THE LIGHT HOTEL, SEBERANG JAYA, PENANG
4:48 PMREVIEW DIM SUM HALAL, THE LIGHT HOTEL, SEBERANG JAYA, PENANG
REVIEW DIM SUM HALAL, THE LIGHT HOTEL, SEBERANG JAYA, PENANG
Dim sum lovers ? Well, this is the first time for me. Tak pernag terfikir nak makan dim sum since dim sum ni makanan Chinsese and susah nak cari yang halal. Tapi, sekarang, tak perlu ragu-ragu sayang aku disiniii....
Assalamualaikum. Holla ~
Teringin nak makan dim sum, tapi kat Penang ni kat mana nak cari kedai yang menjual dim sum yang halal ? Haaa.. Ni nak bagi tahu, yang The Light Hotel, menyediakan buffet untuk dim sum. Dengan harga yang berpatutan serta pilihan dim sum yang banyak, pastinya penggemar dim sum mampu tersenyum. Selain dim sum, The Light Hotel turut menyajikan hidangan-hidangan yang lain andainya ada dikalangan anda yang teringin nak makan hidangan yang lain. Antaranya, bubur, kuih muih tradisional Melayu, mee kari dan sebagainya. Memang kenyang lah kan.
Antara menu dim sum yang ada, adalah seperti dibawah. Yang lelain, kena terjah sendiri untuk mendapatkan informasi serta merasainya sendiri.
Boleh pilih sama ada ingin merasai dim sum yang digoreng mahupun dim sum yang di stim kan. Dim sum ini dibuat usai sahaja anda membuat pesanan. Makna katanya, dim sum ni memang fresh lah. Tak de nak sejuk bagai, memang baru dibuat setelah pesanan diterima. Masa penyediaan dari pesanan diterima adalah lebih kurang 10-15 minit. Sementara menantikan dim sum tu sampai, bolehlah menjamah hidangan yang lain.
Tapi, awas ! Makanan yang tidak dihabiskan akan ditimbang, 100gm berharga lebih kurang RM10. Jangan membazir ye.
Terima kasih kepada pihak Hotel The Light kerana sudi bekerjasama dengan Projek Blogger Utara untuk kesekian kalinya.
Bersempena dengan ukhwah Projek Blogger Utara yang pertama, marilah bergambar sebagai kenang-kenangan. Jangan ada yang benci ye...
Ni lokasi The Light Hotel, gunakan pe"muda" ni, confirm tak sesat. ^_^
Dim Sum @ The Light Hotel
Setiap Hari Ahad
10.30 am - 2.00 pm di Flavour 3
Harga : RM 48nett
Promosi sehingga December 2016
11 comments
yeay gambar tok el ngan kasut tinggi..sayang zaf
ReplyDeletemmg dim sum sini sedap berbaloi lah RM48 mcm2 kita leh mkn
jom zaf kita repeat lagi..zaf belanja ok..k.el byr RM8..zaf bayar RM40 settle hehe
ok...terbaca...sila ajk sekali klau x nnti merajuk 360 minit
DeleteSampai hati kak zafirah :'( Ain dah tak duudk penang semua makanan best keluaq. ni duduk puncak alam makan hati ja byk T_T
ReplyDeleteala bestnyaaa. Kite sini cuma boleh makan dim sum frozen ja. Sadisss.
ReplyDeleteOK SET TEMPAT NI TIME G PENANG NNTI..
ReplyDeletenampak sedap.
ReplyDeleteLight Hotel tu dekat je dengan rumah. hehe
sy pernah try tp x tau laa kenapa tekak sy susah nk terima ;-( tp nmpk semuanya sedap2 belaka
ReplyDeleteSedapnyaaaaaa. Terliur pepagi ni haha
ReplyDeletesedap la
ReplyDeleteada nampak post ni kat blog eyda... untung laa leh telan puas2... ha ha ha
ReplyDeleteAda baca dlm blog nina..best aaa join group BU ni
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^