TEMPAT MAKAN BEST .:. JJCM SHELL 'N', BAYAN LEPAS, PENANG

10:49 AM

TEMPAT MAKAN BEST .:. JJCM SHELL 'N', BUKIT JAMBUL, PENANG


TEMPAT MAKAN BEST .:. JJCM SHELL 'N', BUKIT JAMBUL, PENANG


Assalamualaikum. Holla ~

Dah lama craving nak makan shell out kat belah Bukit Mertajam tu. At the righ time, Ms Planner aka Nina ajak pi makan shell out tu. Untuk confirmation, call lah dulu sehari sebelum nak ke sana. Tapi, malangnya destinasi yang hendak dituju, dah tak bukak. Sekarang deme busy buat food delivery. Tak de rezeki.

Dan disebabkan itu, kenalah ke pulau kan. Food hunting kali ni adalah bersama Ieka.. Sampai kat i-Avenue Bukit Jambul ni, memusing satu round, almost 360 degree baru jumpa kedai Shell 'N'. Sebab tak hampa kebuloq sebab cari kedai tak jumpa, meh aku bagi tips macam mana nak cari kedai Shell 'N' ni. 

Shell 'N' terletak di bangunan i-Avenue, bangunan yang sama dengan Maybank, dan imigresen. Kalau tak perasan imigresen, takkan tak perasan si Rimau Kuning tu kan. Kalau dari Jambatan Pulau Pinang (jambatan pertama) amek susur kiri ke Bayan Lepas, terus saja sampai jumpa roundabout Bayan Baru. Kat roundabout tu kena amek pukul 12. Terus, sampai jumpa traffic light. Kalau nak ikut, traffic light tu tak boleh u-turn, tapi disebabkan kebiasaan *dulu boleh u-turn kat situ* ramai jugak yang buat. So, kalau hampa acah-acah hero, bolehlah buat u-turn, kalau tak, amek je kanan dulu, nanti ada traffic light selepas Hotel Equatorial, bolehlah buat u-turn kat situ. Lepas tu straight je lah sampai jumpa traffic light tadi dan amek kiri. Straight lagi sampai jumpa simpang 3, amek kiri. Haaa.. Bangunan belah kanan tu lah i-Avenue, pun tulis besar-besar jugak kat bangunan tu. Masuk je simpang ke i-Avenue tu, Shell 'N' berada disebelah kiri hampa. Errr... Aku rasa macam jalan ni one way ja, tapi malam tu aku tengok ada jugak kenderaan yang terus belok ke kiri dari simpang masuk i-Avenue tu. Andai kata, jalan tu one way, buatlah satu pusingan untuk sampai ke Shell 'N' tu. Sebab banner Shell 'N' tu macam tak nampak sangat, lokasi Shell 'N' yang paling tepat adalah bersebelahan dengan restoran Cha Yen. Haaaa... Cha Yen memang boleh nampak dari simpang jalan tu.

Nak ke i-Avenue tu ada beberapa cara, ikut jalan dalam pun boleh. Tapi, bagi orang yang tak biasa dengan kawasan tu, nanti berpusing pulak. So, ini lah cara yang paling mudah.

Sampai kat Shell 'N' tu dah jam 9 lebih malam menghampiri ke pukul 10. Bergendang teruk perut aku since hari tu hari Khamis and normally hari Khamis, aku puasa. Weekdays memang orang tak berapa meriah jika nak dibandingkan dengan weekend. Tapi, okey lah kan sebab tak payah tunggu lelama. 

Sos shell out di Shell 'N' memang tak boleh pilih ye, yang boleh pilih seafood nye. Kalau hampa tengok dalam menu, ada set untuk 2-4 orang yang berharga RM60, tapi dah kalau hampa mai 3 orang, takkan nak sental yang tu jugak kan ? So, portion nya berubah. Unless, hampa memang hantu seafood.




So, lepas order, tak lama lepas tu makanan sampai. Sebelum makanan sampai, ada lah dengar jugak bunyi kuali vs sudip. Hiksss 

Amazingly, makanan sampai dulu dari air. Layannnnnn











Dia ada bagi kuah extra ni. Aku rasa kuah ni macam kuah sambal tumis yang cair, tapi sedap, masam-masam pedas. Kalau perasan, ada dua jenis kuah, merah dengan hitam. Yang merah tu, memang sama dengan kuah kat atas ni dan yang hitam tu biasalah, opkoslah black pepper.

Antara seafood yang dihidangkan ialah ketam, lala, kepah dan udang. Kebetulan hari tu, dapat ketam isi banyak, puas aih makan. Ada jugak side order yang lain, macam siput belitung dan etc. *tak hengat*

Selain seafood, ada jagung, carrot dan brokoli yang telah dicelur. Yumms ! Puas bertiga ni nak habiskan hidangan tu hoi !

Selain shell out, ada jugak nasi campur, tapi tu tengah hari je lah ye.







Muka kenyang perut sendat dan ketat. Auch ! Nina order blackcurrant laici, Ieka pulak sirap laici dan aku sendiri amek milo tabur. *terpengaruh dengan gambar*




Turut disediakan surau untuk memudahkan para pelanggan. Kemas dan bersih gayanya.

Settle bab makan dan dihadiahkan pulak maggie tomyam kepada Ieka.. kehkehkeh





Interior design yang simple dan selesa, nak makan pun rasa tenang. Diserikan pulak dengan lagu-lagu seantero dengannya, memang layan habis.

Untuk aku, makan kat Shell 'N' ni memang puas hati. Sedap pun sedap, banyak pun banyak. Dengan #pedaihpedaihmanja, memang manja lah... Gittew ~

Kalau nak booking dulu sebelum nak ke sini, bolehlah call no ni. Mana tau nakbuat gathering kan, sempat lah pihak Shell 'N' buat preparation apa yang patut.




Waktu Operasi
Siang : 11am - 3pm
Malam : 7pm - 11pm

Lokasi adalah seperti berikut




Alamat
Kampung Seberang Paya, 11900 Bayan Lepas, Penang

You Might Also Like

11 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored