REVIEW MILO ENERGY CUBE

10:54 AM

Assalamualaikum. Holla ~

Kalau tengok tajuk, mesti dah tau apa yang MZ nak kongsikan dalam entri ini. Benda ni, dah lama pun viral, cumanya masa tengah viral tu, harga dia melonjak tinggi mengalahkan harga saham. Tak gamak pulak rasanya untuk membeli. Ahaks !

Dulu, selalunya MZ search Milo cube ni dekat Instagram, teringin sangat nak merasainya, tapi, bila tengokkan harga, rasanya macam terpotong segala niat dan harapan. Begitu jugak dengan harganya didalam Shopee. Pun mahal lagi....

Maka, terkubur !

Sampailah, satu hari MZ terjumpa Milo cube ni di Mydin. Satu pek Milo cube ni berharga lebih kurang RM1.80 dan setiap satu pek tersebut mempunyai  ketul Milo cube. Ada jugak pek sederhana yang mengandungi beberapa keping Milo cube ni, harga tak ingat oulak.

Teruja kan ? Ni first time MZ jumpa Milo cube ni dekat pasaraya Mydin, terus campak dalam troli. Dah la tu, dengan rakusnya terus sambaq 4 paket Milo cube ni. Tamak.. tamak.. tamak...

milo cube, energy from milo, how sugar turn to energy, proses pembentukkan tenaga, macam mana nak beli milo cube, harga milo cube, sedap tak milo cube, review milo cube

Lepas bayaq, keluaq sikit dari kaunter bayaran Mydin terus bukak palstik Milo cube ni. The first cube, I gave it to Mr.H. Dia diam jaaa... Tak boleh nak sabaq dah untuk merasai Milo cube ni sendiri, cube yang kedua, terus masuk ke dalam mulut MZ.

Guess what ? Betullah Milo cube ni rasa sebijik macam Milo. Milo yang dikompakkan menjadi cube kecil yang comel. Memang purely rasa Milo, dan agak berhabuk. Tapi, untuk MZ, not to my liking. Ehhh ! Tak kenalah pada tekak MZ.

MZ tak boleh nak gambarkan kenapa MZ tak berapa suka dengan Milo cube ni, yang MZ tau, MZ tak berapa suka rasa Milo apabila dikompakkan. Rasa cemana ntah.. Cer hampa rasa tengok.

Memang lah dia claim as energy cube, as you all know, Milo memang ada gula kan. So, bila dikompakkan, makanya gula pun menjadi kompak dan banyak. Dari situlah energy terhasil. Paham ? Tak paham, sila Google macam mana gula diproses untuk menjadi tenaga. But, not extra sugar hokey ! No ! No ! No !

Tapi, FL suka dengan Milo cube ni, yang balance tu memang FL lah yang habiskan. Tu lahhh... MZ selalu sebut, lain tekak, lain lah rasanya.. ada orang suka, ada orang tak... so, it's all yours ! MZ share apa yang MZ rasa ja....


You Might Also Like

2 comments

  1. "Betullah Milo cube ni rasa sebijik macam Milo"..kih kih dah nama pun milo kan..kalau rasa ala2 nescafe kena tukar jadi NESLO hiihi

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored