SEMBANG GEGURL .:. NIXODERM OINTMENT
9:29 AM
Assalamualaikum. Holla ~
Lame benor rasanya tak sembang gegurl. Ishh ! Rindulah pulakkan. nak sembang gegurl ni. Kali ni, nak share pasal Nixoderm. Mungkin ada yang dah tahu kewujudan Nixoderm ni, tak kurang jugak yang langsung tidak mengenalinya.
Kalau tanya MZ, macam mana MZ boleh kenal dengan Nixoderm ni, panjang cerita dia dan apabila dipendekkan.... beginilah permulaanyaa... Dikdik dulu memang ada masalah kulit, jadi Ibu lah yang memperkenalkan Nixoderm dengan Dikdik. Kalau tanya, macam mana Ibu boleh kenal dengan Nixoderm, yang ini MZ tak tau naa.. Sorry bebanyakkk....
Sepanjang Dikdik menggunakan Nixoderm ni, alhamdulillah.. memang nampak kesan dia... dari kulit yang tak cantik, menjadi cantik dan super glowing. *okey.. itu tipu* Masalah kulit dia memang selesailah.. tiada lagi gatal-gatal...
Since MZ ada gatal-gatal disebabkan oleh eczema, jadi Dikdik suggest untuk try Nixoderm ni jugak. Tapi, biasalah hakak dia ni sejenis pemalas, tak consistent. Jadi tak nampak sangatlah keberkesannya. Ish.. ish.. ishh...
Tapi, MZ ada gunakan Nixoderm dekat ketiak MZ. Yes ! Hari tu, MZ ada ambil supplement, dan supplement tu sejenis supplement yang panas tau. Ketiakkan jenis tempat yang lembab apabila berpeluh. makanya... selalulah gatal kat kawasan ketiak tu.
Nak dijadikan cerita, MZ kan memang mempunyai jari jemari yang sangat gatal, makanya memang sukalah jari jemari ni menggaru. Dan.... bermulalah episod sedihhh..bila dah luka, terkena pulak peluh, memang lah amat pedih...
Kalau kena deodorant pun pedih amat. Jadi, MZ ambil keputusan untuk berhenti memakai dedorant. Dan sejak itu, MZ gantikan deodorant dengan Nixoderm. Alhamdulillahh.. luka dikawasan ketiak, semuanya beransur pulih dan kembali seperti sedia kala.
Sejak dari itulah, MZ tidak lagi menggunakan deodorant, agak kawasan ketiak gatal je, MZ sapukan Nixoderm ni. Eloklah diaaa.... ketiak pun tak berbau... tapi, suka diingatkan yang Nixoderm ni memang ada baunya yang tersendiri. Bau yang pada mulanya MZ sendiri tak berapa suka. Tapi, memandangkan MZ menggunakannya, suka ka, tak suka ka, bau itu tetaplah tidak dapat dielakkan.
Dulu, masa Dikdik tenga sibuka mencantikkan Nixoderm, MZ paling tak suka bau dia. Tapi sekarang bau itulah yang MZ kena hadap.. hahahaa...
Clear digunakan sebagai deodorant
MZ ada baca jugak yang Nixoderm ni sesuai jugak digunakan untuk merawat jerawat. Dapat mengecutkan jerawat, tapi yang ini MZ tak pernahlah buat sebab jerawat jarang-jarang sekali menampakkan wajahnya pada wajah MZ. kuikuikui
Tapi, bagi yang ada jerawat dan teringin menggunakan Nixoderm sebagai rawatan alternatif, silalah.. manalah tahu, inilah penawar yang dicari selama ini, tak payah lah nak berhabis-habisan memerangi jerawat lagi Guna sahaja, Nixoderm....
Tapi... kalau untuk kegatalan dan luka disebabkan kegatalan, memang terbukti ianya berkesan.... disamping digunakan sebagai deodorant... hehehehehe....
13 comments
pernah try untuk jerawat.memang berkesan walaupun murah
ReplyDeleteOhhh yaaa ?? pernah try, tapi guna sekali dua ja sebab malas.. hahahaha
Deletebestnya.. banyak fungsi dia rupanya
ReplyDeletebetul tu.. produk yang pelbagai guna
DeleteProduP yang bagus.. Nak kena cuba juga nie..
ReplyDeleteYa !! satu untuk semua.. eceh !
Deletetiak!!! ahaa bg yg x sesuai pakai deodorant better cuba yg ni
ReplyDeleteAhahahaha... betul... yang ni 2 in 1 la.. package, deodorant + med
Deleteni dr zaman kecik lg mak da pakaikan
ReplyDeletewow ! lagi lama Ayu guna nixoderm ni... kitalah yang lambat mengenalinya kan...hee
Deleteowh 1st timme dengar dan tengok rupa nixoderm nih
ReplyDeletebagus juga rupanya
memang sgt berkesan, dkt bekas jerawat pun letak and makin hilang.
ReplyDeletehttps://thoughtsbytila.blogspot.my/
Akk mmg pkai ni utk jerawat akk..mmg best n berkesan
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^