SEMBANG GEGURL .:. REJOICE PERFUME SMOOTH

11:58 AM

Assalamualaikum. Holla ~

Entri peram aci dak.. aci lah kan, masih ada orang yang memerlukan kan ? 

Sapa perasan Rejoice ada mengeluarkan syampunya yang terbaharu, yakni syampu Rejoice Perfume Smooth. Wah ! Berlumba-lumba sekarang nak bua product dengan perfume. Tak kisahlah, janji sebagai pengguna, kita memilih mengikut kehendak, bukan kemahuan. Jangan tertukar ye, upss !

Berbalik kepada cerita syampu ni. Rambut adalah mahkota wanita kan, jadi ianya haruslah dititik beratkan. Namun, ada jugak segelintir abam-abam diluar sana yang mengambil berat isu rambut ni. Tidak ka, tadaklah pomade dan syampu untuk lelaki kan. Gittew !

Tak kira lah laki ka perempuan ka, setiap satu anugerah yang telah diberikan tu, kenalah dijaga dengan sebaiknya. Jangan nak kufur nikmat sangat naaa.... 
Actually, syampu ni beli dah agak lama, MZ pilih, tapi Mr.H yang bayar. Kulit kepala MZ ni, sejenis kulit yang degil. Mana tidaknya, dia kalau dah lama sikit dengan syampu tu, dia mulalah nak buat perangai. Sekejap je dah naik ketombe (baca jugak sebagai kelemumur), sebagai tanda protes yang dia dah lali dengan syampu tersebut dan memerlukan syampu yang baru.

Penat tau mak kau ni nak pilih syampu yang terbaik semata-mata nak mengelakkan ketombe tu. Kalau syampu yang tak sesuai dengan kulit kepala pun, ketombe muncul jugak. fenat ! fenat ! fenat !

Memula ragu-ragu jugak sesusai tak syampu Rejoice Perfume Smooth ni dengan kulit kepala MZ. Kalau kira dengan mata MZ, semuanya nampak mabeles. Tapi, kulit kepala tu yang memilih sangat. Tapi, alhamdulillah... sampai sekarang, performance dia sangat impressive.

Selepas syampu, tahan dalam 4 hingga 5 hari jugaklah sebelum ketombe kembali muncul mintak dihilangkan dengan Rejoice Perfume Smooth. Yang tu yang MZ suka, sebab kalau boleh MZ nak mengurangkan kekerapan MZ syampu rambut tu. Bukan apa, katanya bahan kimia yang berada dalam syampu tak elok digunakan secara kerap. Ehh ! Ye ka ? Lebih kepada mengelakkan masalah lain jugak sebenarnya, seperti rambut gugur dan sebagainya. Atau, mungkin itu hanyalah mitos. Siapa ada penerangan saintifik, silakan...

Sembang punya sembang, gambar syampu tak muncul jugak. Haih ! Penatkan syampu. Ni image Google. Aci kan ?


Image result for Rejoice Perfume Smooth
Credit to Tesco E-shop


Packaging yang super cantik tu lah membuatkan mata ni terus tertambat. Ada bebunga dan pink-pink gittew. Perempuan memang kalah dengan ilustrasi yang cantik kan ? Ahaks !

Nak dikatakan ada perfume tu, tidaklah. Cuma bau dia sedikit lembut dari syampu Rejoice yang biasa tu. Nak kata wangi sangat sampai geram-geram pun tidak jugak. Biasa jerrrr....

So far, MZ memang berpuas hati dengan Rejoice Perfume Smooth ni dan akan terus membelinya sehinggalah kulit kepala MZ menidakkannya. Mr.H pun tak dak complain pasal Rejoice Perfume Smooth ni, so kira okeylah kan... 

Masa MZ beli tu, harga dia lebih kurang RM9.90 di Tesco Extra sekarang MZ tak pastilah pulak. Tapi, hampa memang boleh dapatkan syampu Rejoice Perfume Smooth  ni dimana-mana toko jamu pusat membeli belah. MZ perasan di Mydin ada, AEON Big ada, drug store pun ada hokey, cuma harga je lah yang berbeza.

Kot mana pun, jadilah pengguna yang bijak... Till then ! See ya ~


You Might Also Like

4 comments

  1. shampoo baru? macam menarik. boleh try

    ReplyDelete
  2. Erkh x pnah nampak lagi ni.. Boleh try ni.. Tq sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish2.. mesti tengok brand yang biasa beli, terus sambar... tak tengok dah yang lain.. kan ??

      Delete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored