GOLDEN BOWL CAFETIAM, PROMENADE BAYAN LEPAS, PENANG
1:15 PM
Assalamualaikum. Holla ~
Ciku cakkk !
Timbul balik seketoi Zafirah ni. Timbui kali ni, berisi tau.. kali ni MZ nak kongsikan satu cafe yang menyediakan makanan fusion dan makanan Korea. Haaaa.. gittew ~ Selalu kan.. kalau kita ke restoran, ataupun cafe, mereka menyediakan samada makanan fusion ataupun makanan Korea sahaja, tapi di Golden Bowl Cafetiam ni lain maciam sikit. Kedua-dua sajian memang ada dalam menu derang.
Jadi, tak perlu pening-pening fikir nak makan kat mana, terutamanya kalau banyak tekak yang perlu diambil kira. heh heh heh
Lokasi Golden Bowl Cafetiam ni adalah seperti berikut.... dan, parkir adalah berbayar.. tapi.. murah sahaja cas untuk parkir ni.. parking didalam kawasan 'auto gated'. In sha allahh... parkir memang banyak.. jangan pulak parkir diluar kawasan parkir, nanti tak memasal dapat 'surat cinta'. Wehoooo ~
Follow map tu ea untuk mencari Golden Bowl Cafetiam ni. Tak susah pun untuk mencarinya.. kalau nampak logo ni, haaa.. confirm dah sampai...
Jangan mai hari Selasa tau.. sat lagi kena nganga kat luaq... heh heh heh... memandangkan Golden Bowl Cafetiam menyediakan hidangan sarapan pagi, makanya seawal jam 8.30 pagi lagi derang sudah memulakan operasi.
Kesukaan MZ.. Salted cream cheese Hor Ka Sai
Bagi yang tidak tahu, Hor Ka Sai adalah campuran kopi dan milo. Yang ni, hampa memang wajib cuba. Recommended ! Sedap sampai rasa terawang-awang. *okey ! hiperbola sikit*
Ice blended Hor Ka Sai
Hor Ka Sai (hot)
Ice blended chocolate
Golden Milky Cheesy
Kyoto Shoyu
Signature House Curry
Yoonas's Spicy Kimchi
Australian Shaksuka
Eggsie Beef Strips Benedicto
Yoona's Korean Rice Bowl
Teriyaki Chicken Rice Bowl
Big Momma's Breakfast
Pilihan untuk mee
Crunchy Cheesy Chicken Wings
Milanese Chicken
Pamadora Chicken
Dan menu wajib untuk cafe/restoran Korea.. Crunchy Korean Spicy Chicken Wings
Bagi MZ, makan di Golden Bowl Cafetiam ni memang berbaloi. Dengan bahagian makanan yang macam tu, dengan harga dia, memang berbaloi. Makan kenyang, perut pun riang. hahahaha... boleh dikatakan semua makanan disini, sedap-sedap belaka. DAn yang paling MZ suka, Golden Milky Cheesy dan Crunchy Cheesy Chicken Wings.
A must try menu at Golden Bowl Cafetiam !
9 comments
Memang puas hati mkn kat sini..boleh repeat lg ni
ReplyDeletememang nak repeat.. confirm repeat punya kalau makanan sedap2 ni.. ::)
Deletewow menu dia semua mengiurkan!
ReplyDeleteBetul betul betul.. banyak menu dia yang teringin untuk mencuba
Deleterasa mcm nk p mkn lg ayam tu. hehehe
ReplyDeleteayam tu lah yang buat dok teringat slalu
Deleteoooi scroll2 tngok gambar makanan.. sedap haih nampak semua =D
ReplyDeletehttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/
ReplyDeletesinggah sini :)
Aduhai. .. Menu2 dia. .. Menyelerakan
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^