CP NASI LEMAK WITH CHICKEN RENDANG, REVEALED

10:23 AM

Assalamualaikum. Holla ~

Entri CP kembali lagi.. sebelum-sebelum ni, MZ dah beberapa kali review pasal foods keluaran CP ni. Dan MZ akan terus review semua product keluaran CP sampailah MZ habis mencuba semua product keluarannya. kuikuikui..

Entri kali ni MZ nak kongsikan pasal Nasi Lemak with Chicken Rendang. Malaysian favorite nih ! Nasi lemak, rendang memang makanan kegemaran orang Malaysia. Nak pulak dapat yang sedap,  bau wangi tak hengat, lagilah laju je adrenalin bergerak kan...

Memandangkan ni entri peram, MZ memang dah lupa harganya. Agak-agak dalam RM 5.++ (agak-agak je.. realiti dia MZ pun tak pasti)
Setiap produk CP ni memang harus dipanaskan dahulu dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro baca jugak sebagai microwave). Jadi, kalau masa pemanasan adalah kurang, makanya nasi itu masih kelihatan beku. Dan disebabkan itu, ikutlah arahan diatas pembungkusan. Ohh ! Jangan lupa untuk memberikan sedikit pengudaran kepada nasi hampa dengan membuat liang-liang roma kepadanya. Hiksss...

maggie pedas giler, seafood berapi, maggie viral, samyang ramen, nasi lemak dengan rendang ayam, seven eleven, produk keluaran CP, nasi segera, bekal segera, makan cepat, cara menggunakan ketuhar gelombang mikro, micro wave,

Nampak mengiurkan kan rendang dan sambal bilis tu. Perasan tak nasi tu tidak cukup panas, masih kelihatan beku disitu. Makanya, MZ masih perlu untuk memanaskan kembali Nasi Lemak with Chicken Rendang ni.

maggie pedas giler, seafood berapi, maggie viral, samyang ramen, nasi lemak dengan rendang ayam, seven eleven, produk keluaran CP, nasi segera, bekal segera, makan cepat, cara menggunakan ketuhar gelombang mikro, micro wave,

Dan disebabkan bau yang sangat menggugat jiwa, MZ terus ngap dengan lahap lajunya. Setelah nasi itu lembut, memang sedap, bau pun wangi, rasa rendang dan sambal yang sedap, ikan bilis yang kruk kruk rangup. Bagi MZ, memang puas hatilah dengan Nasi Lemak with Chicken Rendang ni.  Sesuai untuk on the go serta masa yang terhad.

Setakat ni, MZ memang berpuas hati dengan produk keluaran CP. Memang ternyata sedap. Cumanya mungkin, portion nasinya sedikitlah untuk orang yang berselera besar. Tapi, hampa boleh beli dua, tiga, empat atau lima bungkus. Hehehehehe

Pada hari kejadian jugak, MZ ada beli Maggie Pedas Giler perasa Seafood Berapi. Tapi, yang ini nanti MZ review didalam entri yang lain. Siapa dah pernah rasa Maggie Pedas Giler perasa Seafood Berapi ni ? What say kome...???

maggie pedas giler, seafood berapi, maggie viral, samyang ramen, nasi lemak dengan rendang ayam, seven eleven, produk keluaran CP, nasi segera, bekal segera, makan cepat, cara menggunakan ketuhar gelombang mikro, micro wave,

You Might Also Like

2 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah

Sponsored