REVIEW KRIMER SEJAT ECO FRESH
10:32 AM
Assalamualaikum. Holla ~
Ini sesi membalas dendam entri tertunggak. Entri yang penuh terperam dalam draf. So, masa mood tengah rajin, jomlah kasi settle entri peram. Moga entri lama, tak masuk draf jugak boleh dihabiskan mengikut susunan. kui kui kui
Kedai Eco jugak dikenali sebagai kedai RM2. Memang berhantu habis kalau masuk ke kedai RM2 ni. Maunya tidak, semua barang cuma berharga RM2. Hajat hati cuma nak beli barang sekian-sekian, namun pastinya keluar sahaja dari kedai RM2 itu, terangkut sekali barang-barang lain. Paling tidak RM10 jugak terbang didalam tu. Kalau tak percaya, silakannnn....
Kat belah seberang ni (baca jugak sebagai tanah besar) yang MZ tahu, ada 3 kedai RM2 ni, satunya terletak di Teluk Air Tawar, keduanya terletak di Bagan Luar dan seterusnya di Bertam. Cawangan pertama mereka sudah tentulah di Teluk Air Tawar, diikuti dengan Bagan dan Betam.
Yang ini, MZ beli di kedai RM2 di Bagan Luar, paling hampir dengan MZ. Nah ! MZ kongsikan lokasinya.
Dalam banyak-banyak yang MZ beli, MZ tertarik dengan krimer sejat Eco Pilih ni. Tak termasuk dalam senarai, namun masa tengah beratur untuk membayar, terpandang susunan krimer sejat ni. Terus rasa teringin untuk mencuba. Apa lagi, ambil 2 tin dan masukkan ke dalam bakul.
Tika dan saat ini, MZ telah menggunakan kedua-dua tin krimer sejat ni. Memang sedap, rasanya sama dengan krimer sejat yang lain, krimer sejat dari brand yang terkenal. Lemak manis disukai ramai. Ewahh !
MZ ada jugak gunakan untuk membuat kek, memang terasalah lemaknya dari krimer sejat Eco Pilih ni. Memang puas hatilah dengan hanya RM2 sahaja, hampa boleh membeli krimer sejat yang sedap ni. Kalau nak diikutkan, krimer sejat brand yang terkenal, semuanya melebehi RM2. Jadi, apa lagiii... boronglah krimer sejat ni di kedai RM2 yang terdekat dengan hampa....
Opssss... bulan Oktober ni, barangan di kedai RM2 ni akan naik harga... jadi, baik hampa borong sekarang.. dapat banyak barang compare dengan bila barang dah naik harga nanti.. hiks
0 comments
Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^