SEMBANG GEGURL .:. ALTHEA PORE PURIFYING SERUM CLEANSER
9:00 AM
Assalamualaikum. Holla ~
Kalau entri sebelum ni, MZ ada tunjukkan gambar Pore Purifying Serum Cleanser ni, dalam entri ni MZ nak kongiskan apa yang menariknya dengan Pore Purifying Serum Cleanser.
MZ sangat teruja dengan Pore Purifying Serum Cleanser ni kerana ia bukan sahaja bertindak sebagai pencuci, malah ianya jugak mempunyai serum. Lebih kurang 2 in 1 lah ! Benda yang cepat dan mudah, siapa tak suka kan...
Walaupun boleh dikategorikan sebagai 2 in 1 product, namun super power yang dimiliki oleh Pore Purifying Serum Cleanser ni ternyata tidak boleh disangkal lagi. Phew ! Bukan nak gebang naaa, sebab MZ dah guna, sebab tu lah MZ boleh bercerita kat sini. Gitew ~
Pore Purifying Serum Cleanser boleh bertindak dengan 2 cara iaitu sebagai penanggal make up mahupun sebagai pencuci muka. Senang kan ? Kalau nak berjalan ke mana-mana, memang mudah membawa Pore Purifying Serum Cleanser ni. Sebab.. yelah ! Senang.. tak payah bawak make up remover, tak payah bawak pencuci muka. Bawak Pore Purifying Serum Cleanser ni pun dah cukup untuk melakukan kedua-dua tugas tersebut.
Langkah penggunaan Pore Purifying Serum Cleanser ni pun mudah jaa.. Semudah ABC.. yang ini langkah mudah untuk menanggalkan alat solek ataupun kotoran dari muka hampa.. tapi ingat ! Hati yang hitam tak mampu der Pore Purifying Serum Cleanser nak mencucinya...
Langkah 1: Tuangkan jumlah produk yang mencukupi ke tapak tangan hampa.
Langkah 2: Urutkan produk ke seluruh kulit anda dengan gerakan membulat untuk mengeluarkan
kotoran dan alat solek.
Langkah 3: Bilaskan residu dengan air. Hampa jugak boleh menggunakan pembersih kedua untuk
membuang sepenuhnya residu sekiranya masih ada.
Ni pulak langkah untuk membersihkan muka dengan menggunakan Pore Purifying Serum Cleanser ni..
Langkah 1: Melembabkan kulit serta tuangkan jumlah produk yang mencukupi ke telapak tangan
hampa.
Langkah 2: Urut perlahan-lahan produk ke seluruh kulit muka hampa dengan gerakan membulat
selama 5-10 saat sebelum membasuhnya dengan air.
Senangkan ? *sambil angkat-angkat kening gittew*
Antara sebab kenapa MZ sukakan product Althea ialah
kerana, product nya sentiasa mempunyai seal yang mana
boleh manjaga kualiti product serta kebersihannya.
So, bolehlah guna tanpa was-was.
Saja MZ calitkan liquid lipstick ni tebal-tebal
sebab nak tengok mampu tak
Pore Purifying Serum Cleanser
ni menghilangkannya bagai ahli silap mata.. :p
Hampa rasa mampu ke takkk ??
Yeah ! You did it Pore Purifying Serum Cleanser.. nampak tak betapa banyaknya residue dari liquid lipstick yang MZ calitkan. Dah macam darah lah pulak.. tapi, yang penting.... tengok tangan MZ, bersihkan...?
Biasanya, kalau MZ, walaupun dah mencuci make up dengan menggunakan Pore Purifying Serum Cleanser ni, time mandi MZ tetap menggunakan pencuci muka. Entah ! Rasa selesa macam tu. Lepas tu, angkutlah pulak Pore Purifying Serum Cleanser ni masuk ke toilet untuk dijadikan sebagai pencuci muka ketika mandi...
Cerita, cerita dahhh.. ni MZ nak tanya.. hampa ni semua, tak mau try ka Pore Purifying Serum Cleanser ? Takkan nak biaq MZ sorang saja merasai betapa bahagianya apabila mempunai Pore Purifying Serum Cleanser.. kikikiki
6 comments
wah.. kesan yang ohsem.. bagus produknya..
ReplyDeleteHaah... tak payah guna banyak2 pencuci
Deletesuka tgk botol dia nampak minimalist sangat
ReplyDeleteSimple yet nice... Althea punya produk kebanyakkan macam tu...
Deletebetoi dh cuci makeup pun rasa nk pakai cleanser lg
ReplyDeleteKan.. dah guna dedua, baru rasa puas
DeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^