MUDAHNYA DENGAN KAD AHLI COIN & WASH

1:19 AM


Assalamualaikum. Holla ~

Pe kabo sume  ?? Sihat ka makin sihat ?? Mihmihmih…. Sihat ka makin sihat ka, rutin harian tetap ‘ON’. Antara rutin harian yang sentiasa kena ‘ON’ mestilah mendobi. Iye lahhh.. setakat seminggu tak mendobi, stok baju masih bertahan, tapi kalau masuk 2 3 minggu tak mendobi, alamatnya tak ke kerjalah esok… huhuhu

Cerita pasal dobi, MZ ada sebuah pusat dobi yang memang menjadi kegemaran MZ, yakni, dobi Coin & Wash. Coin & Wash ni memang banyak cawangannya, tapi yang paling MZ suka ialah yang berada di Teluk Air Tawar, Penang. Kenapa Coin & Wash Teluk Air Tawar menjadi pilihan hati MZ ? Carry on reading, nanti MZ story mory hokey….


Coin & Wash Teluk Air Tawar menjadi pilihan hati MZ sebab…. Ianya boleh digunakan secara cashless.. Maksudnya, tanpa menggunakan wang, tapi hampa boleh gunakan kad yang betindak seolah-olah Touch n Go gittew. Mudahlah kan sebagai seorang perempuan, sebab tak payah nak usung duit banyak-banyak.. plus menunggu time penukaran duit pun boleh jadi bahaya… so, dengan kad Coin & Wash ni, MZ hanya masukkan baju yang hendak dibasuh ke dalam mesin basuh, kemudian sentuh kad tersebut 2 3 kali di mesin touch screen, siap !







Memang mudahh.. untuk menambah nilai pun prosesnya mudah.. tapi, kalau dah biasa menggunakannya, sekali tambah nilai mestilah banyak, supaya MZ tak payah nak tambah nilai dengan kerap. Prosesnya pun sangat mudah dan cepat. Semua cara-cara untuk menambah nilai telah tersedia di dalam dobi ini. Cuma kita ni je lahhhh.. rajin ke tak rajin membaca kan.. kata rakyat Malaysia ni rerajin membaca semuanya… so, tak delah nak terkulat-kulat kat situ kan….






Kad Coin & Wash ni tiada expired tau, jadi kalau nak menambah nilai sebanyak mana pun, tak kisah dan tiada tarikh luput.. so, senang sangatlah kannnnn….

Coin & Wash memang menyediakan detergent dan pelembut dengan setiap kali basuhan. Makanya, tak perlulah hampa nak usung cekadak hampa tu dari rumahhhh.. bawak saja barangan yang hendak dibasuh, diri hampa sendiri dan yang penting kad Coin & Wash mahupun wang.

Di Coin & Wash Teluk Air Tawar, persekitarannya terbuka, bolehlah merasai angin sepoi-sepoi melambai wajah yang putih mulus itu ditambah dengan kuasa kuda sang kipas, bahagia terasa. Tapikan, yang paling MZ di Coin & Wash Teluk Air Tawar ni ialah kerana ianya berhampiran dengan kedai RM2 yang menjadi kegilaan.




Punya sibuk dalam kedai RM2, sedar-sedar baju dah siap basuh… kuikuikui… tu yang best nya tu kalau Coin & Wash di Teluk Air Tawar ni. Tapi, kalau hampa malas, lepak dalam Coin & Wash tu je pun bolehhh….





Eh... terlupa pulak nak bagi tau, kalau hampa ada kad Coin & Wash, register je kad tu pun dah boleh dapat RM5 secara percuma tau.. takkan tak mau pulakkk.. lekaihla dapatkan kad hampaaa !!!!





You Might Also Like

0 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored