CARA MEMBUANG FAVORITE ACCOUNT DARI AKAUN MAKBANK2U
12:15 AM
Assalamualaikum. Holla ~
Lama MZ menyepi walaupun sentiasa pasang niat untuk kembali
berkongsi cerita dekat sini, tapi acap kali MZ tewas. Alhamdulillah ! Hari ni
ada kesempatan untuk MZ berkongsi sesuatu untuk MZ. Memandangkan suami
kesayangan MZ, Mr.H melabuhkan tirainya lebih awal dan MZ tiada berteman dan MZ
jugak telah menyiapkan kerja pejabat MZ, makanya MZ terus ke sini.
Nak menaip pun ada masalah lain sekarang ni. Nak duduk
berlama-lamaan, sudah tidak mampu. Nak meniarap sambil menaip, apatah lagi.
Semuanya membantutkan nia suci murni MZ ni. Tapi, MZ akan cuba sedaya upaya
untuk menyiapkan entri ini.
Seperti yang hampa baca dekat tajuk diatas, hari ni MZ nak
kongsikan macam mana untuk membuang akaun favourite hampa dari senarai Favorite.
Ni untuk pengguna Maybank sahaja ya.. dan MZ menggunakan web unuk log in ke
akaun Maybank2u. Sebabnya, MZ dah godek-godek aplikasi Maybank2u tu, tapi MZ
tidak menjumpai cara yang bernas untuk membuang akaun favourite tersebut.
Boleh rujuk gambar untuk lebih pemahaman.
Log in ke akaun Maybank2u, lepas tu terus ke tap Transfer.
Perhatikan ada ruangan My Favorite. Kenal pasti akaun yang hampa nak buang dari
senarai Favorite hampa..
Sebagai contoh, MZ menggunakan nama pertama yang berada
didalam senarai Favorite MZ. Perhatikan pada hujung nama pemegang akaun
tersebut, ada 3 titik berkembar.
Klik 3 titik berkembar tersebut, kemudian satu dialog box
akan terpapar. Pilihan yang ada ialah, Remove Favorite dan Edit Favorite. Jadi,
klik Remove Favorite tersebut.
Paparan seperti berikut akan
muncul.. apa lagi… lelaju tekan Remove Favorite. Lega ! Nama pemegang
akan tersebut tidak lagi muncul dalam senarai Favorite hampa…
Kadang-kadang kita tidak lagi berurusan dengan seseorang
yang pernah jadi ‘bisnes partner’ kita dulu. Jadi, dari semakkan pandangan
mata, remove adalah cara yang terbaik. So, silakan nyah dari pandangan mata ku…
kui kui kui….
Selamat mencuba !
0 comments
Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^