AISKRIM CORNETTO UNICORN VIRAL, SEDAP KE ??
10:19 AM
Assalamualaikum. Holla ~
Walaupun lambat, tetap jugak nak tepek sini. Better late
than never bak kata omputih…. Hari tu dok sibuk-sibuk pasal aiskrim Cornetto
Unicorn. Penat mak yong MZ keluar
masuk 7E sekitar MZ semata-mata untuk mencari aiskrim Cornetto Unicorn.
Malangya, tiap kali itu MZ kuciwa !
Begitu jugak kalau MZ pulang ke kampung Mr.H. Tetap hampa !
Sadis ! Bertabahlah anak… tekak… finally, MZ jumpa aiskrim Cornetto Unicorn
dekat stesen minyak Shell, di RnR Gurun ! Kemain happy macam bebudak dapat
cekelat. Dalam keterujaan tersebut, MZ telah dengan tak tersengaja
menjerit memanggil Mr.H didalam kedai serbaneka, Select tersebut.
Mr.H pun memberikan senyuman semanis gula-gula kapas kepada
MZ kerana Mr.H pun turut mencari aiskrim Cornetto Unicorn demi memenuhi hajat
isterinya. Akan terpandangkan aiskrim Cornetto Unicorn yang nau untuk ditemui,
Mr.H pun nak jugak aiskrim Cornetto Unicorn itu.
Memang teruja habislah dengan aiskrim Cornetto Unicorn ni.
Tapi, adakah rasanya akan membuat MZ terus teruja ? Teruskan membaca…
Maaf ! Gambar packaging semua memang tiada didalam episode ini.
Lagi pun, hampa dah terbiasa dengan rupa packaging nya yang cun melecun itu
kan. So, MZ lanjer terus rupa Cornetto Unicorn tersebut.
First impression MZ terhadap aiskrim Cornetto Unicorn ni,
wow ! Sedap ! MZ suka segala rasa yang bercampur itu. MZ suka macam bubble rice kat center of the ice cream. MZ suka dengan warnaya yang pastel itu. Tapi, semakin asyik MZ
menikmatinya, semakin MZ tidak menggemarinya. Hal ini adalah disebabkan, jam
strawberi yang terdapat didalamnya telah memotong selera MZ. Rasanya agak masam
!
Sebetulnya, MZ memang bukan peminat strawberi , dapat pulak jam
strawberi yang masam itu, terus rasa terpadam niat teruja yang tadi. Bagi MZ,
itulah pertama kali mencuba aiskrim Cornetto Unicorn, dan kali terakhir MZ
menikmatinya. Tiada kali kedua untukmu aiskrim Cornetto Unicorn. Maakan daku !
Tekak hampa sudah tentunya tak sama dengan tekak MZ. Jadi,
sila cuba denga tekak hampa sendiri sebelum menilainya. Tapi, kalau hampa
sepesen dengan MZ, bukan peminat strawberi, tak cuba tak pa kot….. tapi.. tapi… tapi… orang tua-tua kata
baik merasa sekali dari tak pernah kan.. so, choice is yours ! but too me, no
more aiskrim Cornetto Unicorn..
5 comments
Pada Sha okaylah.. Takde wow sangat.. Tapi anak-anak Sha suka.. Rasa macam makan aiskrim padle pop yang pelangi tu..
ReplyDeleteKan.. bolehlahh.. tak de lah wow sangat.. MZ tak berapa suka filling strawberry tu.. asam...
DeletePatutlah budak-budak suka
ReplyDeleteAahh.. bebudak suka sebab warna dan rasanya.. :)
Deletekite pulak suka jem kat tengah2 tu hehe.. itula selera orang ni kan.. menarik sebab tak sama =)
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^