Assalamualaikum. Holla ~
Selamat berpuasa semua. Hari ni dah hari keenam belas
berpuasa, ada yang masih berpuasa penuh ke tu ? Alhamdulillahhh…. Macam mana
persiapan raya ? Baik-baik saja mudah-mudahan…
Entri sembang gegurl muncul kembali dan kali ni MZ nak
kongsikan pasal product Althea yang memang menjadi kegemaran MZ. Kini, Althea
semakin melebarkan sayapnya dengan menghasilkan produk A’bloom mask yang
terdiri daripada 4 jenis mask iaitu Sparkle-Me-Bright, yang bertindak untuk
memutihkan, Ac-Me-Peach yang bertindak sebagai anti blemish, Avo-Cuddle-Me yang
bertindak untuk nourishing dan Water-Me-Alone yang bertindak untuk melembabkan
kulit.
MZ dah cuba A’bloom mask ni sendiri, dan ternyata MZ memang jatuh
cinta dengannya. Essence didalam paket tersebut memang banyak, jadi mask nya
memang tak kering. Mengambil masa yang lama untuk ianya kering pada muka kita.