ANEKA CITARASA BUFET RAMADAN, IXORA HOTEL
3:42 PMAssalamualaikum. Holla ~
Alhamdulillah.. hari ni dah hari kedua kita berpuasa.. dan dah 2 hari jugaklah MZ diduga dengan kehadiran sakit kerongkong. Seksa nya.. dah la tak boleh minum air pada waktu siang, ubat pun tak boleh makan. Sedih ! Iyaa.. kalau sakit dibenarkan untuk tidak berpuasa, tapi selama mana MZ mampu bertahan, tahan la kan. Bukan senang nak berjumpa dan berpuasa pada bulan Ramadan ni kan.
Semalam, yakni first day puasa, MZ berkesempatan berbuka di Ixora Hotel, antara hotel yang menjadi kegemaran MZ untuk berbuka. Menu yang pelbagai serta masakan yang kena pada tekak MZ yang sentiasa membuatkan MZ merindui detik-detik berbuka di Ixora Hotel.
Tahun ni, dengan bertemakan Aneka Citarasa Bufet, Ixora Hotel telah berjaya sekali menambat perut nan comel ittew. Ahaks ! Tahun ni, ada cabutan bertuah untuk dimenangi sekiranya hampa berbuka puasa di Ixora Hotel. Best kan, sambil berbuka puasa, sambil dapat hadiah. Rezeki, siapa yang tahu.
Hampa boleh mula menikmati hidangan di The Straits Cafe bermula daripada 19 April sehinggalah 10 Mei 2021 dari 7 petang sehinggalah 10 malam. Di The Straits Cafe ni akan ada 3 menu yang bersilih ganti yang diterajui oleh Chef Mok Tai Heng.
Tengok sajalah menu yang disediakan..
Kalau hampa bermnat, boleh call 043828888 atau email kepada info@ixorahotel.com . Harga untuk seorang dewasa berharga RM88nett dan untuk kanak-kanak pulak cuma RM58nett.
Tapi, kalau hampa jadi early bird, cuma RM70nett untuk dewasa boleh mula beli dari sekarang sehingga 18 April 21 nanti. Dan, sekiranya hampa beli 10 voucher, 1 voucher percuma akan diberikan. Yeay ! Boleh berbuka puasa dengan famili ataupun kawan-kawan.
1 comments
Wah! meriah betul menu di ixora hotel :)
ReplyDeleteSalam Ramadhan MZ! follower #400
Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^