JUMAAT TERAKHIR - 2021

9:48 AM

 Assalamualaikum. Holla ~

Good morning hampa... hari ni hari Jumaat terakhir sebelum kita memulakan puasa pada tahun ni. Setahun yang lepas, kita sambut puasa dirumah kerana PKP. Dengan norma yang baharu, tahun ini kita dah boleh berpuasa ditempat kerja. Berbuka puasa diluar, berterawih. Alhamdulillah.

Cumanya, kanak-kanak dibawah umur 7 tahun tidak dibenarkan memasuki masjid. So sad. Maksudnya, yang ada anak kecik, tak boleh ke masjid. Tak boleh berterawih. Sedangkan itu yang dinantikan tiap kali bulan Ramadan. 

Iya.. boleh berterawih dirumah.. tapi... feel dia lain bila berterawih beramai-ramai dan berterawih secara individu. Serius lain. Tapi, tahun ni tazkirah tidak dibenarkan dan digalakkan membuat 8 rakaat sahaja. Tak pa lahh.. janji masih dapat meraikan Ramadan ni kan.

Datangnya hanya sekali, dan sentiasa dirindui. Moga ada sinar untuk kita masa raya nanti. Ewahh.. belum puasa, dah fikir raya.. jangan tipu naaa.. mesti ada yang sama ngan MZ, malah dah siap pun untuk kelengkapan raya... kan kan kan.. 

Awai tak kalut orang  utagha kata.. hahaha... whatever it is, selamat berpuasa hampa.. semoga Ramadhan kali ini membawa seribu erti kepada kita. Bertambah amalan dari tahun sebelumnya... aaaminnnn

You Might Also Like

2 comments

  1. Alhamdulillah this year dapat juga bertarawih bagi yg tiada halangan, berbanding tahun lepas.

    Raya tetap Raya MZ :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah dapat terawih..rindu nk pergi..betul tu feel tak sama

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored