MNR JOURNEY PART 3 - PERJALANAN SEORANG MUHAMMAD NOAH RIFQI
11:10 AMAssalamualaikum. Holla ~
Memandangkan masih bulan Julai, MZ nak sambung entri setahun lepas. Tahun ni genaplah usia MNR 2 tahun. Alhamdulillah ! MNR seorang anak yang sangat bijak yang terkadang MZ lupa usia sebenar MNR. Seorang yang patuh arahan, tak banyak kerenah, makan pun tak memilih. Gulai aka kari memang favorite dia. Bagi pi lah gulai apa pun, habis nasi dijamahnya. Alhamdulillah !
MNR jugak seorang yang sangat memahami. Kalau MZ sedih, MZ akan cerita dekat dia, Ya Allah ! Respond dia tu seolah-olah dia bukan anak berusia setahun @ dua tahun. Reaksi wajah dia, cara dia membalas setiap ayat yang kita utarakan, Allahu ! Bijaknya seorang Muhammad Noah Rifqi.
Back to the story, sepanjang 9 bulan 2 minggu 2 hari mengandungkan MNR tak banyak masalah. Lepas isu kurang gerak pada bulan puasa tu, tadak lagi masalah lain. Oh yaa ! Masa usia kandungan 21 minggu, baru doktor perasan yang MZ ada cyst yang berukuran 3 x 3 cm. Sepanjang mengandung tu memang setiap 2 minggu, MZ akan ke Pakar 1 di Hospital Seberang Jaya. Monitor perkembangan cyst tu. Seronok jugak sebab boleh tengok MNR dalam tu. Lepas jugak rindu. Paling MZ ingat MNR masa dalam perut tu, bentuk mata dia. Allahu ! Rindu ! Sungguh rindu dengan bentuk mata tu. Sampai sekarang, mata tu sentiasa menjadi pujaan hati MZ.
Alhamdulillah ! Sepanjang monitor cyst tu, dia tak membesar, tak jugak mengecil. Pada mulanya, MZ agak menjaga makan, tak makan ayam, soya pun tak amek. Tapi, lepas follow up kali pertama, tengok cyst tu tiada perubahan, MZ try makan ayam, lepas tu monitor masa follow up. Tadak perubahan jugak. So, MZ try amek soya pulak. Sampailah habis. Btw, MZ memang kurang amek soya seperti susu soya, tempe, kicap dan sebagainya. Banyak yang MZ jumpa dan baca serta dengar, kalau waktu mengandung ibu tu banyak mengambil produk soya, bayi yang dilahirkan memang mempunyai kulit yang cantik. Tapi, kulit bayi tu sangat sensitif. You go and search for it ok ! MZ tak amek medic untuk share dengan you olls... just for my knowledge. Tak mau share, takut tersalah share satgi, jadi cerita lain pulak. Ehek !
MZ mengamalkan meminum air kelapa usai usia kandungan masuk 9 bulan. Kelapa tanpa gula dan ais ya ! Kadang beli untuk 2 hari terus, simpan dalam fridge. Kadang beli tiap hari, macam tu lah ! Alhamdulillah ! Masa MNR lahir, memang bersih. Bukan MZ yang cakap, tapi nurse yang cakap. Nurse yang tolak MZ dari LR ke wad ada tanya, awak minum air kelapa ka ? MZ said yes, nurse tu replied patut kulit baby bersih ! Ihiiii.. u girls kena try yang ni okeyyyy...
Cerita pasal nak beranak kan.. 6 July 19, bersamann hari birthday Dikdik, company MZ kerja ada buat AGM dengan Batu Feringghi. Balik lewat dah malam tu, yet still pi tengok wayang dengan MH dekat Sunway Carnival. Bukanlah nak tengok movie sangat, tapi nak makan popcorn je benornya.. ahahaha...
Esoknya tu, hari Ahad, lepas masak untuk lunch MZ rasa MNR kurang gerak dan gerak sangat slow. Tapi, MZ bagi ayat sedapkan hati, penat kot memasak dan mengemas tadi. Lunch lebih kurang jam 4 petang, baru rasa MNR gerak, tapi slow sangat. MZ tak bagi tau MH pun sebab tak mau dia risau. Lepas lunch tu baru rasa lega sikit. Sampai malam tu dia gerak sangat slow. So, MZ cakap dalam hati je lah, esok pagi nak singgah hospital dulu lah sebelum pi kerja. Yang MZ tau, kalau baby gerak slow, mesti doc akan tahan untuk monitor. But since MZ dah nak dekat due, MZ nak try request untuk balik, boleh pi kerja, settle apa yang patut.
So, the next day, Monday morning MZ melencong dulu ke Hospital Seberang Jaya. Beg barang baby, barang mommy memang dah spare dalam keta since masuk 9 bulan. Kot la terberanak awal kan, jenuh !
Nanti MZ sambung story lagi okey ! MZ janji MZ khatamkan cerita MNR tahun ni jugak. :P
3 comments
Dah 2 tahun dah MNR. Semoga membesar jadi anak yang soleh. Tengok gambar MNR kat FB awak, memang mata dia bulat dan boleh bikin cair.
ReplyDeleteALAMAK, baru lepas minum soya, tapi tak selalu pun, sekali sekala jer..emm, air nyoq memang selalu minum, setiap minggu mesti request aiq nyoq, hoho..adakah coconut shake tergolong dlm aiq nyoq? hehe..
ReplyDeletewahh panjang cwrita mnr ni erk😅
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^