Harm Reduction- Tobacco

6:14 PM

Assalamualaikum. Holla ~

Kabare ? Sihat ? MZ sihat Alhamdulillah. Jawab setiap sebelum hampa tanya. Ehek ! Bertemu kita sekali lagi dihujung bulan November, yang Disember bakal menjelma serta tahun baru, 2022 yang bakal menjengah. Dah rentas daerah @ negeri sampai mana dah tu ? Ka hampai dah sampai oversea? Kemana pun hampa pi, pastikan keselamatan hampa dipelihara serta terpelihara. Yang patut diikuti, silalah patuh ye !

Sebut pasal keselamatan, hampa tau dak “Harm Reduction” ? Harm Reduction atau dalam bahasa tempatan Melayu ialah Prinsip Panduan Pengurangan Kemudaratan. Prinsip ini percaya, dalam membuka jalan kepada alternatif yang dapat membantu mencegah atau membasmi tabiat atau aktiviti yang menimbulkan kemudaratan yang penting untuk membina Malaysia yang lebih baik dan sihat.

Apakah pula yang dimaksudkan dengan Pengurangan Kemudaratan Tembakau? Haaa.. Pengurangan Kemudaratan Tembakau (PKT) percaya bahawa mengurangkan tahap kemudaratan daripada penggunaan tembakau di kalangan perokok adalah keutamaan, kerana menghapuskan pendedahan kepada nikotin tidak selalu dicapai. Oleh itu, objektif utama PKT adalah untuk membantu perokok beralih kepada alternatif yang kurang berbahaya. Gitchuu ! Ramai rakyat Malaysia yang tergolong dalam individu yang dinyatakan diatas.

Jadi, apakah alternative yang dimaksudkan tu ? Alternatif yang kurang berbahaya itu ialah … jeng jeng jeng.. sila teruskan pembacaan. Ehek ! Sabaqlahhh… MZ tak habis lagi ni nak explain kat hampa..

Ramai di antara kita tau bahawa merokok ni merbahaya. Tapi….. tak semua daripada kita tahu bahawa masalah terbesar dengan merokok dan rokok adalah TERBAKAR. Ya, TERBAKAR adalah elemen penting dalam isu ni. Pasepa pembakaran adalah masalah terbesar ialah kerana dengan membakar rokok dan tembakau, perokok akan melepaskan asap yang mengandungi bahan kimia berbahaya yang menyebabkan penyakit berkaitan merokok seperti kanser peparu. Sebab tulah, membakar dan melepaskan asap adalah masalah TERBESAR. Busukkan bau asap rokok tu, yelahh.. dah mengandungi bahan kimia berbahaya. Bahan kimia kan biasa memang sifatnya berbau. Sedar tak sedar, kebanyakan bukan perokok tapi aktif berada disekeliling perokok juga mengalami masalah yang datangnya dari TERBAKAR ni. Family history MZ pun ada tau.. ni serius !

Ramai orang dewasa masih keliru dan salah faham bahawa pelaku penyakit yang berkaitan dengan merokok adalah nikotin.

Perokok tidak dimaklumkan bahawa mereka mempunyai cara alternatif serta kurang berbahaya untuk mengambil nikotin. Cara tersebut ialah menggunakan e-rokok dan produk tembakau yang dipanaskan. Haaa.. I’ve spilled the tea. Got it ?

  Thank you Google Image

So, perokok tegar, macam mana ? Masih nak mengekalkan cara tradisional ? Atau nak bertukar kepada cara yang mengurangkan risiko ? Jujurnya, MZ memang tak suka perokok. Rokok ni bau asap dia… erkkk ! Busuk ok.. dengan asap berkepul-kepul mengganggu penglihatan serta pernafasan. Kalau my mom, dia sound setepek ja perokok yang merokok disekitar beliau. Yelah ! Dulu kan tidak larangan merokok 1 meter dari kawasan kedai makan, etc. Sekarang, lega lah sikit.

Jujurnya jugak, MZ tau, susah sebenornya nak stop smoking ni. Kan ? Bukannya MZ tak realize benda ni even MZ bukan perokok. Tapi, give a chance to yourself to try something new, something less harmful to yourself and others too. Idk how it tastes, tapi kalau tak best, takkan lah orang kat luar sana menggunakan alternative e-rokok ni sebagai pengganti kepada rokok tersebut. Iye tak ?

Pun begitu, masalah tak selesai ya… kadang-kadang tu selisih dengan perokok, time tulah dia menghembuskan asap-asap jahatnya. Lemaihhh ! E-rokok ni dia tidak asap, tapi ada wap, ada flavor, betterlah dari rokok tradisional. Kan ? Bau pun wangi sikit ikut flavor yang digunakan. Dan, paling penting risiko dia, lebih rendah dari rokok tradisional.

Benda baik ni boh, tu yang MZ share. Kalau benda tak baik, MZ share jugak untuk pengajaran bersama. :P hampa boleh read through dekat HAA punya web. Pelbagai info menarik yang boleh didapati.

MZ berletiaq panjang dah ni, hampa paham ka tak paham ? Kalau paham, sila rujuk kepada yang pakar, yang tak paham tu, meh sini nak lesing sekali. Ehekk !

Sayangi diri, lindung semua.

#TobaccoHarmReduction


You Might Also Like

2 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored