PANDEMIK 2021: RICHWORKS KOMITED BANTU 605,000 BANGSA USAHAWAN BANGKIT SEMULA

1:08 PM

 Assalamualaikum. Holla ~

Tahun 2021 yang diharungi rakyat Malaysia sebelum ini menyaksikan pelbagai kisah dengan cabaran pandemik serta ditutup bersama musibah banjir pada akhir Disember lalu.

Ramai yang terkesan dengan 2 cabaran besar negara ni. Walaupun, MZ mahupun ahli keluarga MZ tidak terkesan dengan banjir, tapi MZ tetap bersimpati dengan mangsa-mangsa banjir ni. Ekonomi boleh dikatakan semakin pulih, antara kesan cabaran pandemik ni ialah, melahirkan ramai peniaga ataupun usahawan. Satu trend yang baru, dan kita sebagai pengguna kenalah support kan !

Pun begitu, antara yang terkesan dengan cabaran pandemik ini ialah, bangsa usahawan apabila Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya dijangkiti COVID-19. Jadi, RichWorks dapat memahami perasaan yang dialami oleh ramai orang di luar sana.


Latar Belakang RichWorks | RichWorks International



Richworks bermula dari permulaan yang sederhana oleh Dr Azizan Osman, Jurulatih Perkembangan Peribadi & Mentor Kejayaan No. 1 Malaysia. 

Dalam masa beberapa tahun sahaja, Richworks telah menjadi syarikat pembangunan peribadi dan kejurulatihan & Latihan profesional terbesar di Malaysia.

Tahukah anda, RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang keusahawanan, pemasaran dan pembangunan peribadi.



Dengan perjuangan Richworks, pasti ada visi yang ingin dilaksanakan mereka. Visi RichWorks adalah menjadi rangkaian ‘NETFLIX’ Pendidikan Usahawan dengan mensasarkan 100 juta pelanggan menjelang tahun 2025 disamping memberi akses mudah ke kandungan berorientasikan hasil dan penyelesaian dari platform dalam talian – Richworks.com seterusnya Menginspirasi, Mendidik & Menambah Nilai Hidup kepada masyarakat di seluruh dunia.

RichWorks Bantu Dan Beri Manfaat

Ibu mertua Dr Azizan sendiri telah meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan yang beliau sudah tidak ada harapan sekiranya tiada perubahan yang positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan. 

Tapi, dengan semangat dan keyakinan yang tinggi, alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik. Bagi Dr Azizan Osman, ini adalah peluang kedua diberikan Allah SWT dan akan digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya.


Tidak lama selepas beliau keluar dari hospital dan dalam proses pemulihan, Dr Azizan Osman komited menjalankan program bimbingan usahawan secara percuma. Ia telah dihadiri ribuan orang terutamanya bangsa usahawan. Memang ramai sangat jumlah pesertanya.

Yelah ! Biasanya, program ini berbayar, dan untuk usahawan-usahawan kecil, faktor kewangan menjadi kekangan kepada mereka. Tapi, dah alang-alang percuma ni, rugilah kan kalau tak join.


Program Percuma Kepada Usahawan 





Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang Dr Azizan Osman berikan untuk memberi tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan. Wow ! Tempoh 98 jam tu bukan suatu tempoh masa yang singkat. Banyak yang dapat ditimba sepanjang tempoh masa tersebut. Tetapi Richworks sendiri taja program tersebut dan beri secara percuma. Richworks memang prihatin.

Secara keseluruhan pada tahun lalu, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya oleh RichWorks International. Ramai yang mendapat manfaat dari program ini asbab Richworks prihatin akan situasi para usahawan. Alhamdulillah! Satu kejayaan untuk RichWorks dan kepada usahawan.


Keprihatinan RichWorks bantu usahawan terbukti apabila salah satu program RichWorks iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Program RichWell, RichWorks Prihatin

Perjuangan RichWorks 2021 bukan sekadar mengadakan program untuk usahawan. Tetapi menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tidak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).


"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.” 

Richworks prihatin kepada orang ramai sehingga menubuhkan RichWell. Ramai yang dapat dibantu dengan adanya Kempen #RichWellBantu. Sikit sebanyak dengan perjuangan Richworks ini, ia dapat meringankan beban keluarga yang terkesan.

Bukan itu sahaja, sumbangan kilat berjumlah RM 500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu, ia adalah kerana Richworks prihatin dengan isu yang terjadi.



Para usahawan hasil didikan Dr. Azizan jugak tidak lokek untuk membantu mangsa banjir. Alhamdulillah. Begitulah sebaiknya, apabila kita membantu orang lain, tanpa mengharapakan balasan, in sya Allah, bantuan jugak akan dihulurkan kepada kita dalam bentuk yang tidak disangka. Jadi, kita kena sentiasa bersangka baik tau.

Menurut Tuan Radz juga, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM 824,160 dalam ibadah korban kali ini.

Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.


Perjuangan RichWorks Melahirkan Usahawan Berjaya

Dalam pada itu, Richworks International Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.

Alhamdulillah pada tahun 2021, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 billion.

Apabila dipecahkan hasilnya, bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 billion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).

Melalui program bimbingan Spire RichWorks International yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan telah berjaya mencapainya.


 Betulkah ada usahawan yang capai juta-juta selepas dibimbing Richworks?


Ya, untuk pengetahuan anda, sebanyak 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.

Syukur atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021 lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang kami usahakan dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, insyaAllah.

Moga usaha RichWorks (richworks.com) untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.

 

RichWorks Journey

Kisah journey Richworks boleh lihat melalui video Youtube ini. 


Perjuangan RichWorks

Syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). 

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Dalam perjalanan untuk menempa kejayaan, pelbagai onak dan liku harus diharungi. Naik turun tangga itu adalah satu kewajiban. Hati yang kental itu perlu jika kejayaan yang menjadi ukuran. Sepertimana Dr Azizan yang tidak pernah mengenal lelah untuk berjaya, bermula dari bawah, begitu jugaklah kita.

Untuk para usahawan, program yang dianjurkan oleh RichWorks adalah program yang boleh dikatakan program rugi jika tidak disertai. Pelbagai ilmu yang dapat membantu perniagaan anda dapat dikumpul disini.

Jadi, apa tunggu lagi! Ayuh! Gerakkan hari ini, untuk hari depan!


















You Might Also Like

3 comments

  1. Tahniah buat team RichWorks dalam membantu dan membimbing para usahawan. Moga terus maju jaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. IN SHA ALLAH... SEMOGA RICHWORKS SEMAKIN BERKEMBANG

      Delete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored