ACNES BY MENTHOLATUM, MUSUH JERAWAT
10:21 PMAsslamualaikum. Hola ~
Selamat berada ditahun baru, 2022 !
Zaman yang semakin mencabar ! Zaman yang semuanya berada
dihujung jari. Segala informasi mudah didapati. Samalah dengan setiap produk
yang kita gunakan, kita boleh membuat research terlebih dahulu sebelum membeli.
Jadilah pengguna bijak. Ewah !
Cerita pasal product, product penjagaan muka adalah antara
product yang memang MZ titik beratkan. Bukan apa, kalau silap membeli @
menggunakan, ahaaa… siaplah kulit muka MZ. Jadi jalan tar lah nanti. Dan ianya
mengambil masa yang lama jugak untuk kembali pulih. Terpaksalah berpuasa dari
menggunakan skincare. Sedih la ! Dari nak mengekalkan kulit wajah yang cantik terus
terpaksa stop seketika. Nak bagi skin elok balik. Sapa tak sedih kan.
Dari itu, sebelum membeli sesuatu product, pilihlah mengikut
kesesuaian kulit, bukan berdasarkan atas branding semata.
Kulit MZ ni terdiri daripada kulit yang kering, dan kadang
kala kombinasi. Kadang kala Ms P datang menjengah. Bukan Ms P yang merah putih
melati tu, ni yang Ms Pimples tau. MZ stress jugak kalau dia datang tu.. geram ! Tapi tangan kita lagi banyak
bakteria, so JANGANLAH nak GATAL tangan tu nak menggaru ka, nak memicit ka,
menggentel dan sebagainya.
Oleh disebabkan itu, MZ ada jugak buat research product
untuk melawan Ms P. Luckily I’ve found Mentholatum punya product, Acnes
namanya. Ingredients dia memang best antaranya ada BHA, Apple, & Aloe Vera.
Set Acnes ni terdiri daripada 3 rangkaian product, Creamy Wash, Powder
Lotion & Oil-Control Moisturiser.
Antara bahan aktif didalam Creamy Wash ni ialah Centella Asiatica. Antara fungsi Centella Asiatica:
1. Menstimulasi kolagen serta
melambatkan penuaan
2. Sebagai antioksidan
3. Melembabkan kulit
5. Mengurangi peradangan
6. Mempercepat penyembuhan luka
7. Menyamarkan bekas luka
Tekstur Creamy Wash ni sangat pekat. Buihnya tidaklah
begitu banyak, tapi tindak balas pada kulit sangat power! Lepas dah cuci tu
kan, rasa muka lebih bersih. Kulit pun terasa lembab. Ada sesetengah pencuci
muka yang MZ gunakan, selepas proses memncuci muka ja, kulit terasa kering. Tak
syoklah cam tu kan. Tapi, dengan Creamy Wash ni, rasa dia lain OK. Beza sangat.
Selain Creamy Wash, ada jugak Powder Lotion. Powder
Lotion ni berfungsi untuk seimbangkan sebum serta mengawal minyak, anti
jerawat, mengecilkan liang pori, mencerahkan kulit serta merawat kulit
bermasalah. Memang MZ perasan, selepas penggunaan secara teratur selepas 2-3
hari, liang pori di pipi MZ semakin mengecil. Auch ! It’s amazing to me.
Tekstur dia tak berat, dan masa kita apply tu, sejuk ja muka. Terasa macam
terawang-awang. Ehek !
Seterusnya, MZ gunakan Oil-Control Moisturiser. Yang ni
pulak, antara active ingredients didalamnya ialah apple, aloe vera, seaweed
& chamomile. Semuanya best kan ! Ingredients ni semua boleh mengekalkan
kelembapan kulit serta membuatkan kulit menjadi lembut. Selain dari tu, dapat
melawan jerawat, merawat kulit dan anti oksida.
Dalam ketiga-tiga product ni, my favorite is Oil-Control
Moisturiser. Sebab, dia sangat ringan kat muka, cepat menyerap dan tidak
berminyak. MZ ni sejenis kuat berpeluh pada muka, jadinya kebanyakkan
moisturiser akan berminyak sewaktu MZ berpeluh. Tapi, Oil-Control Moisturiser
ni, tidak OK! Cepat meresap, sekelip mata ja hilang and waktu berpeluh dia tak
membuatkan kulit menjadi berminyak. That’s why Oil-Control Moisturiser ni
paling peberet MZ.
Harga untuk Creamy Wash & Powder Lotion Cuma RM19.90,
manakala bagi Oil-Control Moisturiser Cuma RM29.90.
So untuk hampa yang ada masalah jerawat, boleh try menggunakan
product dari Mentholatum ni ok.
You gonna love as I do. J
8 comments
harga dia berbaloi la MZ...tunggu habis stok kat rumah, nanti nak try
ReplyDeleteSuka produk mcm ni tp xde masalah jerawat😁. Klu xde jerawat blh guna tak?
ReplyDeletePernah pakai dulu then stop.. ni since pakai facemask, jerawat pun mula naik.ingat nak pakai balik Mentholatum
ReplyDeleteIza suka giler Acnes ni. Best sebab gentle dekat kulit.
ReplyDeleteHarga dia sangat affortable. Best. Memang seronok pakai produk ni
ReplyDeleteok nak try! lately ni mudah naik Keramat lah pulak...
ReplyDelete*jerawat...
ReplyDeleteharga ubat jerawat nmpk murah tuuh.,. ;p
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^